awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wan Azizah akan lepas jawatan selepas Anwar jadi PM - Guan Eng

Najib Aroff
Najib Aroff
29/06/2018
14:35 MYT
Wan Azizah akan lepas jawatan selepas Anwar jadi PM - Guan Eng
Semua parti komponen Pakatan Harapan sudah mempersetujui perlantikan Anwar selaku Perdana Menteri ke-8 - Foto AstroAWANI
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan melepaskan jawatan sejurus selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim diangkat menjadi Perdana Menteri, itu kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
“Beliau (Wan Azizah) akan melepaskan jawatan (selepas Tun Mahathir letak jawatan). Kami belum putuskan siapa bakal Timbalan Perdana Menteri baharu.
“Kita menantikan input daripada Perdana Menteri dan beliau akan memutuskan perkara itu,” kata Guan Eng dalam temubual bersama Assosicate Press (AP).
Tambah Guan Eng semua parti komponen Pakatan Harapan sudah mempersetujui perlantikan Anwar selaku Perdana Menteri ke-8 dan ia akan tetap dipatuhi.
“Persoalannya kini adalah soal masa peralihan. Ia mungkin akan berlaku awal atau lewat namun kami akan menyelesaikan perkara itu.
Guan Eng berkata meskipun ramai pihak melihat akan wujud ketidaktentuan akibat pertukaran pemimpin dalam tempoh masa singkat, namun bagi beliau perspektif berbeza dilontarkan.
“Pada saya ia sepatutnya memberikan keyakinan kerana ia pelan peralihan yang jelas. Semua orang tahu siapa bakal gantikan jawatan nombor satu itu,” katanya.
Beliau pada masa sama menegaskan kerjasama Pakatan Harapan yang merangkumi ahli politik yang pernah bermusuh suatu ketika dahulu adalah demi kepentingan negara dan rakyat.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Dr Wan Azizah Wan Ismail
#Lim Guan Eng
#Mahathir Mohamad
#Pakatan Harapan
#Perdana Menteri
#Wan Azizah
#Wan Azizah Wan Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan