Wang itu untuk bayar balik kos petrol - PH

Wang itu untuk bayar balik kos petrol - PH
Salah satu gambar yang viral di media sosial. -Foto viral
KUALA LUMPUR: "Gambar wanita memakai baju Pakatan Harapan memberikan wang kepada pemuda Orang Asli adalah untuk bayaran balik kos minyak petrol."

Penolong Ketua Pusat Operasi Jelai Pakatan Harapan (PH), Arvind Bharet berkata demikian ketika menjelaskan dakwaan berhubung perkara itu yang viral pada Ahad.
Beliau juga menegaskan pemberian wang tersebut dilaksanakan mengikut lunas undang-undang

“Wang itu merupakan pembayaran balik untuk menampung kos petrol kepada sukarelawan-sukarelawan PH yang datang dengan motosikal sendiri dari rumah mereka di kawasan pedalaman ke Tanah Rata pada hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands.

“Pembayaran balik ini akan diisytiharkan sebagai sebahagian daripada perbelanjaan pilihan raya,” katanya pada Ahad. 

Beliau mengulas gambar seorang wanita yang tular di media sosial dan didakwa sesetengah pihak cuba merasuah Orang Asli di Cameron Highlands dengan memberikan wang tunai kepada mereka.


Tag: Pakatan Harapan, Petrol, Cameron Highlands, Parlimen, media sosial, orang asli, pilihan raya kecil, minyak, operasi, undang-undang, rasuah


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.