awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salji sebabkan kesesakan lalu lintas di Paris, utara Perancis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gajah mengamuk bunuh enam orang di timur India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warisan buat laporan polis isu poster provokatif

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
11/01/2020
09:57 MYT
Warisan buat laporan polis isu poster provokatif
Laporan polis dibuat di Balai Polis Bongawan, di sini kira-kira jam 1.35 tengah hari Sabtu. - Foto: Warisan
Barisan Exco Parti Warisan Sabah (Warisan) hari ini membuat laporan polis berhubung tindakan pihak tertentu yang menggunakan bahan kempen yang disifatkan memburukkan imej parti itu.
Laporan tersebut dibuat di Balai Polis Bongawan, di sini kira-kira jam 1.35 tengah hari Sabtu.
Berdasarkan salinan laporan polis yang diterima Astro AWANI, Setiausaha politik Menteri Pelajaran dan Inovasi, Rapahi Idris berkata penyokong Warisan berasa tersinggung dengan pemasangan poster yang tertera ayat “Warisan menang PATI senang, anda susah”.
Beliau yang juga Exco Penerangan Pusat Warisan berkata, poster tersebut dikesan setelah menerima aduan daripada orang kampung dan penyokong Warisan yang melalui kawasan berhampiran Bulatan Kimanis, di sini.
Poster yang menjadi kontroversi menjelang PRK Kimanis. - Warisan
Poster yang menjadi kontroversi menjelang PRK Kimanis. - Warisan
“Saya meminta pihak berkenaan menurunkan poster tersebut.
“Jika tidak, pihak kami akan menolong menurunkan poster tersebut secara berhemah,” katanya dalam laporan itu.
Satu lagi poster yang diedarkan tertera perkataan “BN dahulukan rakyat, Warisan dahulukan PATI”.
Setakat lapan hari kempen Pilihan Raya Kecil (PRL) Kimanis, pelbagai isu dimainkan kedua-dua daripada parti Barisan Nasional (BN) dan Warisan termasuk berkaitan Pas Sementara Sabah (PSS).
Sementara, jurucakap polis Balai Bongawan ketika dihubungi memaklumkan telah menerima laporan tersebut.
Topic Berkaitan
#kempen politik
#Kimanis Memilih
#laporan polis
#pengundi
#pilihan raya kecil
#poster provokatif
#PRK Kimanis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan