awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warisan sedia beri ruang Tun M sertai parti - Liew Vui Keong

Radhi Muslim
Radhi Muslim
19/07/2020
01:07 MYT
Warisan sedia beri ruang Tun M sertai parti - Liew Vui Keong
Warisan sedia pertimbang mengubah perlembagaan parti bagi memberi ruang kepada Tun Dr Mahathir Mohamad menyertai parti tersebut.
Parti Warisan Sabah (Warisan) sedia mempertimbangkan untuk mengubah perlembagaan parti bagi memberi ruang kepada Tun Dr Mahathir Mohamad menyertai parti tersebut.
Pengerusi Tetap, Datuk Liew Vui Keong berkata penyertaan bekas perdana menteri itu dalam Warisan mungkin boleh berlaku.
Namun, katanya, jika itu berlaku, perlembagaan parti tersebut perlu diubah terlebih dahulu.
“Saya rasa kemungkinan itu sememangnya ada, buat setakat ini parti Warisan Sabah hanya tumpu kepada negeri Sabah tetapi perlembagaan boleh ditukar untuk menjadikan Parti Warisan Malaysia.
“Tapi ini memerlukan perubahan kepada perlembagaan parti. Jadi ini dalam proses dan selepas itu kita serahlah kepada sesiapa sahaja sekiranya kita telah menubuhkan Parti Warisan Malaysia untuk bersama-sama dengan kita adalah perjuangan kita.
“Saya rasa kemungkinan untuk Ahli Parlimen yang lain yang belum ada platform dan sekiranya mereka ingin nanti bersama-sama dengan perjuangan Warisan, saya rasa kita boleh mempertimbangkan,” katanya ketika ditemui Astro AWANI dalam lawatan kerja ke Kampung Sirabut, di sini.
Sebelum ini, ada pihak mengutarakan pendapat supaya Ahli Parlimen Langkawi yang mencalonkan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai perdana menteri itu menyertai Warisan.
Terdahulu, Dr Mahathir bersama lima lagi Ahli Parlimen merupakan pengasas dan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Namun, keahlian mereka digugurkan baru-baru ini selepas enggan bersama-sama menyertai Perikatan Nasional dan enggan menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri.
Topic Berkaitan
#Astro
#Astro Awani
#Langkawi
#Mahathir Mohamad
#Malaysia
#menteri
#Mohd Shafie Apdal
#Muhyiddin Yassin
#Parlimen
#Perdana Menteri
#PPBM
#Shafie Apdal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan