awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perkhidmatan awam laksana urusan tanpa kertas bermula Isnin ini - KSN
Musim peperiksaan bukan masa sesuai untuk perhimpunan - MPP UMT
FRIM anjur sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia, tekankan pemuliharaan dan kelestarian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warisan yakin Dr Mahathir, Muhyiddin tidak mungkir janji

Bernama
Bernama
16/12/2018
21:00 MYT
Warisan yakin Dr Mahathir, Muhyiddin tidak mungkir janji
Menurut Darell, persefahaman tu kekal menjadi asas hubungan baik antara Warisan dan Bersatu.
Parti Warisan Sabah (Warisan) tetap yakin Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan terus berpegang kepada janji untuk tidak melebarkan sayap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ke Sabah seperti dipersetujui sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
Timbalan presidennya, Datuk Darell Leiking juga yakin dan percaya presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengambil pendekatan sama, sekali gus menghormati persefahaman itu meskipun ia dibuat tanpa hitam putih.
Dr Mahathir merupakan pengerusi Bersatu dan Pakatan Harapan (PH).
Menurutnya, persefahaman tu kekal menjadi asas hubungan baik antara Warisan dan Bersatu.
"Saya ingin menegaskan bahawa Warisan ada persefahaman dengan Bersatu meskpun ia secara tidak bertulis tetapi perkara itu telah disuarakan oleh Dr Mahathir dan Muhyiddin sebelum pilihan raya lepas," katanya kepada pemberita di sini.
Terdahulu, Darell, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, menghadiri majlis sambutan Hari Krismas anjuran Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Penampang, di sini, pada Ahad.
Beliau mengulas usul khas untuk membawa masuk Bersatu ke Sabah yang diluluskan pada Persidangan Agung Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) hari ini.
Mengulas lanjut, Darell mengakui sesiapa sahaja mempunyai hak bersuara untuk membawa Bersatu ke Sabah.
Bagaimanapun, katanya, usaha pemimpin pembangkang di negeri ini hanya mahu mempengaruhi Dr Mahathir dan Muhyiddin untuk melanggar persefahaman dicapai dengan Warisan sebelum ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Darell Leiking
#Mahathir Mohamad
#Malaysia
#Muhyiddin Yassin
#Pakatan Harapan
#pembangkang
#Penampang
#Perdana Menteri
#pilihan raya
#pilihan raya umum
#PPBM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan