Bekas Exco Kerajaan Negeri Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin tidak menolak kemungkinan lebih ramai kalangan Adun dan Ahli Parlimen UMNO buat keputusan untuk keluar parti.
Beliau berkata, dalam situasi politik sekarang, setiap daripada mereka boleh membuat keputusan dan pertimbangan sendiri antara kepentingan parti atau rakyat di kawasan yang diwakili.
“Keputusan keluar parti ini hanyalah satu perubahan ke platform yang lebih baik, bukanlah libatkan isu besar seperti keluar agama, saya yakin ia dilakukan selepas mengambil kira semua aspek,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas keputusan Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali umum keluar UMNO dan menjadi wakil rakyat bebas menyokong Kerajaan Harapan.
Pada PRU14 lalu, Noor Azmi menang dengan majoriti 172 undi dihadapan calon Pas, Rohaya Bakar dan calon PKR, Adam Asmuni.
Zainol Fadzi yang menjadi antara dua ADUN BN memberi sokongan kepada pembentukan Kerajaan Pakatan Harapan di Perak, Mei lalu berkata, pihaknya memahami tindakan diambil itu, sepertimana dilakukan beliau sebelum ini.
Katanya, sebagai wakil rakyat, pastinya Noor Azmi merasakan perlunya platform lain bagi memastikan kebajikan rakyat di Parlimen Bagan Serai dapat dibela. Sejak keputusan PRU14 diumum, tiga wakil rakyat Umno di Perak telah keluar parti.
Mereka adalah Zainol Fadzi yang juga Adun Sungai Manik, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi (Adun Tualang Sekah) dan terbaru, Noor Azmi (Ahli Parlimen Bagan Serai).
Sinar Harian
Sun Jun 24 2018
Bekas Exco Kerajaan Negeri Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin tidak menolak kemungkinan lebih ramai kalangan Adun dan Ahli Parlimen Umno buat keputusan untuk keluar parti. Foto: Sinar Harian
Harga jualan maksimum benih padi sah program IBPS RM54, RM58
Harga jualan maksimum benih padi sah CL220 bagi program Insentif Benih Padi Sah (IBPS) ditetapkan pada kadar RM54 di peringkat pemborong dan RM58 di peringkat peruncit berkuat kuasa 15 April.
PN masih menunggu butiran memorandum mengenai peruntukan
Perikatan Nasional masih menunggu butiran memorandum persefahaman yang akan dikemukakan oleh Kerajaan Perpaduan selepas pertemuan antara kerajaan dan wakil Ahli Parlimen pembangkang baru baru ini.
Tun Hanif selamat dikebumi Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara
Jenazah Allahyarham Tun Hanif Omar selamat dikebumikan jam 3.17 petang pada Sabtu.
Kekejaman Zionis: Rakyat Palestin terkorban melepasi 34,000 nyawa
Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel kini melepasi 34,000 nyawa setakat Jumaat.
AWANI Ringkas: Keputusan kolektif MCA
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kes tembak KLIA: Suspek buat pemeriksaan kesihatan mahu kerja di Arab Saudi
Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan polis mendapati suspek sudah membuat pemeriksaan kesihatan di hospital berkenaan seminggu sebelum kejadian tembakan itu berlaku.
Gaza Freedom Flotilla: Latihan antikekerasan prosedur wajib sebelum misi pelayaran bermula
Freedom Flotilla to Gaza: Latihan anti keganasan prosedur wajib sebelum misi pelayaran bermula
Majoriti Ketua Bahagian UMNO sokong afidavit Ahmad Zahid - Ahmad Maslan
Majoriti daripada 191 Ketua Bahagian UMNO menyokong usaha Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memfailkan afidavit tambahan menyokong petisyen Datuk Seri Najib Tun Razak.
Tun Hanif selamat dikebumi di sebelah pusara anak
Jenazah Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, jam 3.17 petang Sabtu.
JKM tunggu siasatan lengkap polis sebelum ambil tindakan lanjut
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri bmengesahkan pihak JKM sudah menemui mangsa buli berusia lapan tahun dan kesemua yang terlibat untuk dirakam percakapan
Zainol jangka lebih ramai wakil rakyat UMNO keluar parti
Bekas Exco Kerajaan Negeri Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin tidak menolak kemungkinan lebih ramai kalangan Adun dan Ahli Parlimen UMNO buat keputusan untuk keluar parti.