awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zuraida tidak sertai Bersatu - Setiausaha Politik

Astro Awani
Astro Awani
20/01/2020
13:32 MYT
Zuraida tidak sertai Bersatu - Setiausaha Politik
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin tidak menyertai Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), jelas Setiausaha Politiknya, Nor Hizwan Ahmad.
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin tidak menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), jelas Setiausaha Politiknya, Nor Hizwan Ahmad.
Beliau merujuk kepada sebaran surat yang ditujukan kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir dan beberapa borang keahlian Bersatu yang mendakwa ada permohonan Zuraida bagi menyertai parti itu.
Tegasnya, penularan surat berkenaan adalah palsu dan bertujuan mengeruhkan lagi suasana politik.
"Dengan tegas dinyatakan bahawa tularan tersebut adalah palsu dan merupakan kerja jahat dan amatur pihak tertentu yang cuba menangguk di air keruh atas situasi politik dalaman parti yang berlaku sekarang ini.
"Zuraida Kamaruddin adalah merupakan Naib Presiden Keadilan dan sehingga kini masih fokus menjalankan tanggungjwab dan tugasannya sebagai anggota parti dan Ketua Cabang Keadilan Ampang," katanya dalam satu kenyataan media pada Isnin.
Sebaran surat yang ditujukan kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir dan beberapa borang keahlian Bersatu yang mendakwa ada permohonan Zuraida bagi menyertai parti itu.
Sebaran surat yang ditujukan kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir dan beberapa borang keahlian Bersatu yang mendakwa ada permohonan Zuraida bagi menyertai parti itu.
Nor Hizwan turut mengecam tindakan menggunakan kepala surat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam isu berkenaan.
"Saya turut ambil maklum mengenai surat tersebut yang menggunakan kepala surat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.Tindakan itu juga sangat tidak bertanggungjawab apabila mengaitkan kementerian dengan isu politik," ujarnya.
Sebelum ini, tular gambar borang permohonan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu di media sosial.
Topic Berkaitan
#Mahathir Mohamad
#Media
#media sosial
#Parti Keadilan Rakyat
#PKR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan