awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKDM Pulau Pinang serbu stor ladang sawit proses minuman keras
Menghampiri usia tujuh dekad, Lim masih teruja hias kampung sempena Tahun Baharu Cina
Singapura naikkan kadar VEP dan GVP bagi kenderaan berdaftar asing mulai 1 Jan 2027
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

3 pemain Selangor tidak muncul latihan skuad Malaysia lawan Liverpool

Ian Johan Ariff
Ian Johan Ariff
21/07/2015
07:14 MYT
3 pemain Selangor tidak muncul latihan skuad Malaysia lawan Liverpool
FAM tunggu laporan penuh Dollah Salleh sebelum ambil tindakan selanjutnya.
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan menunggu laporan penuh mengenai tiga pemain Selangor yang tidak hadir latihan skuad kebangsaan menentang Liverpool.
Tiga pemain tersebut dipercayai tidak hadir ke latihan kerana tidak dilepaskan pengurus skuad liga super Selangor.
FAM akan menunggu laporan penuh daripada ketua jurulatih kebangsaan Dollah Salleh mengenai ketidakhadiran pemain tersebut selepas berakhirnya perlawanan menentang Liverpool Jumaat ini.
Selepas menerima laporan tersebut, perkara itu akan dirujuk untuk tindakan selanjutnya.
Kenyataan tersebut dibuat setiausaha agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin menerusi sebuah email yang dihantar kepada pihak media.
Sehingga pagi tadi, Ahmad Hazwan Bakri, Muhammad Afiq Azmi dan Robert Cornthwaite dari Selangor didapati gagal melaporkan diri kepada Dollah di Wisma FAM, Kelana Jaya Ahad lalu seperti mana yang ditetapkan.
Pengurusan bola sepak Selangor sebelum ini menegaskan tidak akan melepaskan pemainnya berikutan jadual perlawanan liga yang padat.
Bagi mengisi tempat tiga pemain Selangor itu, Dollah sudahpun memanggil Christie Jayaseelan (Felda United), S Kumaahran (Harimau Muda B) dan Vincent Bikana dari Terengganu.
Pilihan Malaysia akan menentang Liverpool di Stadium Nasional Bukit Jalil Jumaat ini.
Topic Berkaitan
#FAM
#Liverpool
#selangor fa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan