awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

4,000 sertai Fun Walk Jejak Warisan @ Pintasan Saloma

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
29/02/2020
03:12 MYT
4,000 sertai Fun Walk Jejak Warisan @ Pintasan Saloma
Rosida Jaafar (tiga dari kiri) melancarkan program Fun Walk Jejak Warisan @ Pintasan Saloma sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan di Kampung Bharu, di sini pada Sabtu. - Gambar Astro AWANI
Kira-kira 4,000 peserta termasuk penduduk di sekitar Kampung Baru, di sini hadir memeriahkan program Fun Walk Jejak Warisan @ Pintasan Saloma bersempena dengan Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2020.
Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Rosida Jaafar berkata, program tersebut merupakan penganjuran kali pertama sekali gus menjadi acara penutup bagi sambutan itu.
“Sepanjang bulan ini, sebanyak 29 program telah diadakan di ketiga-tiga Wilayah Persekutan merangkumi lima kluster utama iaitu pengiktirafan; mesra rakyat; sukan dan rekreasi; ilmiah dan kerohanian serta inisiatif mensejahterakan rakyat.
“Program hari ini anjuran bersama Perbadanan Kampong Bharu (PKB) merupakan acara yang julung kali diadakan di laluan pejalan kaki Pintasan Saloma yang dibuka sejak 5 Februari lalu,” katanya ketika ditemui di sini, pada Sabtu.
Rosida berkata, selain Fun Walk, program tersebut turut diisi dengan aktiviti seperti pertandingan pakaian busana tradisonal Melayu dan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak.
"Sudah pasti acara ini akan menambahkan lagi kemeriahan Sambutan Hari Wilayah Persekutuan pada tahun ini disamping dapat memperkenalkan dan mempromosi Pintasan Saloma kepada orang ramai.
"Pada masa sama, ini bagi memupuk semangat 'self beloging' terutamanya dalam kalangan warga kota agar menghargai kemudahan dan keunikkan seni bina tanpa melakukan sebarang keganasan harta benda," ujarnya.
BACA: Tiada tong sampah di Pintasan Saloma: Ubah mentaliti rakyat Malaysia - PKB
Topic Berkaitan
#fun walk
#Kementerian Wilayah Persekutuan
#larian
#Perbadanan Kampong Bharu
#pintasan saloma
#sambutan hari wilayah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan