awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

6 kes positif COVID-19 di saringan EPL

Astro Awani
Astro Awani
20/05/2020
09:37 MYT
6 kes positif COVID-19 di saringan EPL
Seorang lelaki mendukung anaknya di luar pusat latihan pasukan Liverpool, Melwood selepas kelab-kelab EPL memulakan latihan secara berkumpulan pada Selasa. - Gambar AP/Peter Byrne
SEORANG pemain dan dua kakitangan di kelab bola sepak England, Watford dan seorang pembantu pengurus kelab Burnley, Ian Woan disahkan positif COVID-19 selepas ujian terhadap semua yang terlibat dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) diadakan pada Selasa.
Dua lagi identiti yang disahkan positif COVID-19 tidak didedahkan dan kesemua yang terlibat dikehendaki melalui pengasingan selama tujuh hari sebelum diuji semula.

Watford bagaimanapun tidak mendedahkan nama pemain dan kakitangan yang disahkan positif coronavirus.
Jumlah kes positif yang kecil ini memberi harapan untuk EPL disambung semula pada 12 Jun.
Mereka didapati positif selepas ujian saringan melibatkan 748 pemain dan kakitangan daripada 19 kelab EPL diadakan.
Hanya Norwich City belum mengadakan ujian saringan yang dijalankan pada Selasa.
Baca: Pemain Liga Perdana Inggeris seperti tikus makmal - Rose
Kelab-kelab EPL memulakan latihan tanpa sentuhan dalam kumpulan yang kecil, sebagai langkah pertama untuk menyambung semula liga yang digantung sejak 13 Mac dalam usaha yang dinamakan Project Restart.
Sebelum ini, ketua pasukan Watford, Troy Deeney enggan kembali berlatih kerana bimbang ia bakal mengancam kesihatan keluarganya.
Pengurus Watford, Nigel Pearson juga tidak mempunyai masalah dengan keputusan yang dibuat Deeney.
Topic Berkaitan
#Burnley
#coronavirus
#COVID-19
#EPL
#Liga Perdana Inggeris
#Nigel Pearson
#Troy Deeney
#Watford
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan