Malaysia sekali lagi membuktikan kehebatan dalam sukan seni bela diri campuran (MMA) di pentas dunia dengan kemenangan atlet negara, Jace Law dalam ONE Warrior Series 6, di Singapura pada Khamis.
Anak kelahiran Sarawak berusia 27 tahun itu hanya mengambil masa enam saat untuk menumpaskan petarung dari Korea Selatan, Kim Jong Heon menerusi TKO pusingan pertama.
Dalam pertarungan tersebut, Law yang kelihatan tenang berjaya menepis serangan awal dari Kim sebelum melancarkan tumbukan bertubi-tubi ke arah lawannya, memaksa pengadil menghentikan perlawanan.
Pengadil kemudiannya menghadiahkan kemenangan kepada Law.
Law sebelum ini pernah menjadi juara dalam kategori lightweight untuk pertandingan MMA amatur Malaysian Invasion musim ke-3 (MIMMA3).
Dia juga pernah memenangi beberapa lagi pertandingan lain termasuk Octagon Fighting Championship.
Sementara itu, dalam satu lagi perlawanan melibatkan peserta Malaysia, Edilah Johany tewas di tangan Ji Yeon Seo dari Korea Selatan menerusi keputusan TKO.
Sungguh pun tidak memperolehi kemenangan, atlet dari Sabah itu memberikan saingan yang sengit sepanjang pertarungan hingga ke pusingan ketiga.
Haider Yutim
Fri Jun 21 2019
Jace Law (kiri) hanya mengambil masa enam saat untuk menumpaskan saingannya dari Korea Selatan, Kim Jong Heon. - Foto Instagram/@jaceomax
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Prestasi mingguan FBM KLCI dan unjuran minggu depan
#NiagaAWANI bersama Ketua Strategi MIDF Research, Syed Muhammad Kifni Syed Kamaruddin bagi membincangkan mengenai prestasi mingguan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).
Kad Laporan MITI: Mudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & pacu industri
Pengarah Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa, UKM, Prof Dr Sufian Jusoh mengulas berkenaan kad laporan MITI yang memberi fokus kepada memudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & memacu industri.
Harta intelek: Ada kesedaran tapi masih ada yang suka curi dan ciplak
Senario menciplak yang masih berleluasa berpunca daripada sikap masyarakat yang menyokong barangan ciplak.
AWANI Pagi: Tembusi Gerbang TVET Premier Negara dengan GMI
Diskusi bersama Ahmad Solihin Mohamed Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) German-Malaysian Institute (GMI) dan dua alumni GMI, Muhammad Ashraff Mohamed Haniffah dan Raja Nur Athirah Raja Sharul Zaman, mengenai potensi pembelajaran dan kerjaya dalam TVET ditawarkan di GMI.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Bangun aplikasi penstriman digital TV di Ipoh seperti Netflix - Datuk Bandar
Idea itu kelak akan direalisasikan menerusi kerjasama MBI dan syarikat di bawah naungan Afdlin Shauki.
Keluarga mohon bantuan kesan anak dikhuatiri hilang
Anak kedua daripada empat beradik itu dilihat keluar dari rumah pada 20 Feb lalu, kira-kira jam 10.30 pagi dengan menaiki motosikal.
Piala Asia B-23: Indonesia hantar Korea Selatan pulang dari Qatar 2024
Penjaga gol Garuda Muda, Ernando Ari muncul wira selepas menafikan dua sepakan penalti bagi mengakhiri cabaran Young Taegeuk Warriors.
MMA: Edilah kekal bersemangat selepas tewas, mahu kembali lebih kuat
Edilah terkandas di pusingan ketiga di mana dia tewas di tangan Ji Yeon Seo yang berasal dari Korea Selatan menerusi TKO.
6 saat sahaja, atlet Malaysia Jace Law TKO-kan petarung Korea Selatan
Malaysia sekali lagi membuktikan kehebatan dalam sukan seni mempertahankan diri campuran (MMA) di pentas dunia dengan kemenangan atlet negara, Jace Law dalam ONE Warrior Series 6.
Kenali si gadis ayu MMA, Edilah Johany
Mari kita kenali secara ringkas gadis petinju ayu bernama Edilah Johany.