awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aaliyah layak ke final, atasi rekod Asia

Bernama
Bernama
16/08/2019
10:21 MYT
Aaliyah layak ke final, atasi rekod Asia
Aaliyah berkata beliau tidak mahu melakukan sebarang kesilapan dalam aksi tricks dan akan cuba menampilkan aksi terbaik. - Bernama
Peluncur ski air negara, Aaliyah Yoong Hanifah mencipta rekod Asia dalam acara tricks, sekali gus menempatkan diri dalam kelompok 12 peserta terbaik ke pusingan akhir Kejohanan Ski Air Dunia IWWF 2019 di Pusat Sukan Air Putrajaya di sini hari ini.
Peluncur berusia 16 tahun itu memperagakan aksi menarik dengan melakukan flip sebanyak empat kali dalam salah satu percubaan pada pusingan awal acara tricks untuk mengumpul 7,320 mata.
Pencapaian tersebut turut memadam rekod Asia iaitu 7,250 mata.
"Ini adalah kali ketiga melakukan pungutan melebihi 7,000 mata. Saya sudah biasa dengan keadaan berangin di laman latihan saya. Saya menyesuaikan diri dengan keadaan air bergelora dan berangin.
"Layak ke pusingan akhir adalah amat istimewa bagi diri saya...lebih-lebih lagi di negara sendiri. Saya rasa gembira untuk melakukan di laman sendiri dengan sokongan ahli keluarga dan kawan-kawan," katanya kepada pemberita di sini.
Mengenai persediaan pusingan final Ahad ini, Aaliyah, yang menduduki tangga kesembilan dalam acara kegemarannya itu, berkata beliau tidak mahu melakukan sebarang kesilapan dalam aksi tricks dan akan cuba menampilkan aksi terbaik.
Antara jaguh dunia yang berentap pada final ialah Neilly Ross dari Kanada, Anna Gay dari Amerika Syarikat dan peserta Australia, Jacinta Caroll.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#aaliyah yoong
#iwwf 2019
#Kejohanan Ski Air Dunia
#luncur air
#pusat sukan air
#Putrajaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan