Berita  | Sukan

Abdul Rashid tarik diri bertanding presiden KAFA

Abdul Rashid tarik diri bertanding presiden KAFA
Abdul Rashid turut mengesahkan menarik diri daripada pertandingan itu tetapi beliau tidak menyatakan alasan penarikan diri itu. - Gambar hiasan
KOTA BHARU: Calon presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman sah menarik diri pada Kongres Luar Biasa (EGM) pada Sabtu bagi memilih presiden dan barisan exco baharu persatuan terbabit.

Setiausaha Eksekutif Kafa, Arif Hassan berkata dengan penarikan diri Abdul Rashid itu EGM akan menyaksikan pertandingan dua penjuru antara Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dan ahli perniagaan Datuk Seri Amril Aiman Abdul Aziz.

"Kami menerima keputusan penarikan diri Abdul Rashid atas alasan tertentu.
"Sehingga kini semua calon lain bagi jawatan yang dipertandingkan masih berminat dan kekal untuk bertanding pada EGM (Sabtu)," katanya pada Jumaat.


Sementara itu, Abdul Rashid ketika dihubungi Bernama melalui aplikasi WhatsApp turut mengesahkan menarik diri daripada pertandingan itu tetapi beliau tidak menyatakan alasan penarikan diri itu.

EGM hari ini bakal diadakan bagi memilih presiden dan barisan exco baharu selepas Bibi Ramjani Ilias Khan meletak jawatan Presiden Kafa bulan lepas.

-- BERNAMA




Tag: Abdul Rashid Abdul Rahman, KAFA, Kongres Luar Biasa, Persatuan Bola Sepak Kelantan, Pengerusi Parti Amanah Negara, Bibi Ramjani Ilias Khan, EGM, pertandingan, tarik diri, pertandingan dua penjuru, Arif Hassan


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.