SUKAN
Ada apa dengan Kumpulan E, analisis ringkas Piala Dunia 2014
Kumpulan E
Ecuador
Switzerland
Perancis
Honduras
Tanpa perlu dinilai sejauhnya, pasukan pilihan untuk melaju ke peringkat seterusnya sudah tentulah Perancis dan Switzerland.
Perancis yang dibarisi 10 pemain yang berpangkalan di Liga Perdana Inggeris dijangka tidak menghadapi masalah untuk lolos ke pusingan kedua sambil Switzerland menyusul di tangga kedua.

france
Pada edisi tahun 2006, peminat bola sepak Perancis dikejutkan dengan layangan kad merah keatas pemain legenda, Zinedine Zidane yang menyerang pertahanan Itali, Marco Materazzi dan sekaligus mengakhiri karier pemain terbaik dunia itu, malah menyaksikan Perancis tewas kepada seteru utamanya itu dalam penentuan sepakan penalti.
Namun pada tahun 2010 pula, krisis dalaman pasukan ‘Les Bleus’ menyaksikan penyerang sensasi negara itu, Nicolas Anelka dihantar pulang kerana mengkritik pengendalian pelatih pasukan ketika itu, Raymond Domenech yang membawa kepada perpecahan pasukan tersebut kepada dua ‘kumpulan’.
Switzerland pula dijangka akan menyusul jejak langkah Perancis dengan menjadikan Ecuador dan Honduras yang sekadar dilihat sebagai pasukan pelengkap kumpulan.

switzerland
Pemain perhatian: Karim Benzema (Perancis), Valon Behrami (Switzerland), Luis Antonio Valencia (Ecuador)
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami