Tutup

Berita  | Sukan

Adik Omar iringi pasukan Harimau Malaya ke padang

Adik Omar iringi pasukan Harimau Malaya ke padang
Omar dilihat memakai jersi berwarna oren dan biru mengetuai kemasukan pemain-pemain Harimau Malaya ke padang bersama kanak-kanak lain di stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur - Gambar FAM
KUALA LUMPUR: Malam ini merupakan malam yang sangat mendebarkan buat pasukan Malaysia apabila skuad Harimau Malaya berdepan pasukan UAE dalam aksi Kumpulan G pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Namun, apa yang turut menarik perhatian rakyat Malaysia ialah kehadiran peminat cilik Harimau Malaya yang tular baru-baru ini iaitu, adik Omar Saiful Razman sebagai pengiring pasukan negara.
Omar dilihat memakai jersi berwarna oren dan biru dipimpin tangan oleh penjaga gol dan kapten pasukan, Farizal Marlias ke padang bersama kanak-kanak lain di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Sebelum ini, Omar juga telah dipertemukan dengan idolanya iaitu Mohamadou Sumareh.
BACA : Debaran kedua buat Omar, bertentang mata dengan Sumareh

Ibu Omar yang juga pelakon, Nadiya Nisaa berkongsi video debaran yang dilalui anaknya itu yang menagih kemenangan Malaysia menentang Indonesia.

Bukan itu sahaja, Nadiya turut memuat naik video pada Jumaat menunjukkan keterujaan Omar membaca berita kememangan Malaysia dari sebuah akhbar.




Tag: Omar Saiful Razman, Harimau Malaya, UAE, Jangan Gaduh Gaduh, Piala Asia, FIFA



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.