awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes pelajar UniSZA maut: Pemandu didakwa mencuri
Bekas pengetua sekolah agama hadapi 23 tuduhan pecah amanah
Tiada rakyat Malaysia terlibat insiden kemalangan tren di Sepanyol - Wisma Putra
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Adnan Januzaj jaring gol kemenangan Belgium ke atas England

Israr Khalid
Israr Khalid
28/06/2018
23:22 MYT
Adnan Januzaj jaring gol kemenangan Belgium ke atas England
Adnan Januzaj. Foto Astro ARENA
Belgium muncul sebagai juara kumpulan G selepas mengatasi England 1-0 hasil jaringan Adnan Januzaj dalam babak kedua.
England sebelum ini pernah mempertimbang untuk memanggil Januzaj mewakili negara itu, semasa dia beraksi cemerlang untuk Manchester United.
Bagaimanapun perjanjian 'Home Nations' FIFA menyebabkan pemain Real Sociedad itu tidak layak untuk mewakili England.
Kedua-dua pasukan yang sudahpun layak ke peringkat kalah mati sebelum perlawanan tersebut menurunkan barisan kedua dalam pertemuan di Kaliningrad.
The Red Devils mempertaruhkan Michy Batshuayi di bahagian serangan bagi menggantikan Romelu Lukaku yang cedera, Marouane Fellaini dan Januzaj sebagai perancang tengah.
Begitu juga England, yang merehatkan Harry Kane dan Raheem Sterling untuk memberi peluang kepada dua penyerang the Three Lions, Jamie Vardy dan Marcus Rashford untuk beraksi.
Anak buah Roberto Martinez gagal menembusi benteng England, sehingga Januzaj merembat cantik bola untuk gol tunggal perlawanan pada minit ke-51.
Selaku juara kumpulan G, Belgium akan bertemu naib juara kumpulan H iaitu Jepun, sementara England bakal berentap dengan juara kumpulan G, Colombia.
Topic Berkaitan
#Adnan Januzaj
#Awani FIFA
#Belgium
#England
#Harry Kane
#Manchester United
#Michy Batshuayi
#Raya Bola 2018
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan