Tutup

Berita  | Sukan

AFF Suzuki: Apa kata tajuk-tajuk akhbar tempatan?

KUALA LUMPUR: Sebahagian besar akhbar tempatan hari ini memaparkan 'rasa duka' pada tajuk utama bahagian sukan susulan kegagalan Harimau Malaya menjuarai Piala AFF Suzuki 2014 malam tadi.

Pelbagai tajuk dipaparkan oleh akhbar-akhbar tersebut antaranya, 'Derita', 'Tewas melawan', 'Harimau berduka dalam menang', 'Agony in Bukit Jalil' (Sengsara di Bukit Jalil) dan lain lagi.
Tajuk utama sukan
Tajuk-tajuk utama sukan akhbar tempatan. - Astro AWANI/Nasrul Shazli

Sementara itu, dua akhbar Bahasa Inggeris tempatan, The Star dan New Straits Times (NST) masing-masing mengenakan tajuk 'Hearbreaking' dan 'Heartbreak' (patah hati).
nst, the star
Tajuk-tajuk yang tertera dalam akhbar The Star dan NST. - Astro AWANI/Nasrul Shazli

Malaysia terlepas peluang untuk menjulang tersebut selepas tewas kepada Thailand menerusi agregrat 3-4 selepas final kedua kejohanan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Meskipun kalah 2-3 kepada Malaysia pada aksi timbal balik, skuad Gajah Perang itu muncul juara berikutan kemenangan 2-0 yang diraih pada final pertama di Stadium Nasional Rajamangala, Bangkok, Rabu lepas.