awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sindiket penipuan panggilan telefon menyamar pegawai polis tumpas
Lebih 11,000 kes tangkapan ular direkodkan di Kelantan tahun lepas - APM
Ancaman bom dikesan dalam penerbangan Turkish Airlines ke Barcelona
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aksi Azizulhasni tersekat di pusingan kedua acara pecut

Bernama
Bernama
01/12/2019
20:39 MYT
Aksi Azizulhasni tersekat di pusingan kedua acara pecut
Dalam saingan pusingan pertama, Azizulhasni mengatasi pelumba Amerika Syarikat, James Mellen, setelah mencatat masa 10.225s. - Gambar fail
Jaguh berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang gagal meneruskan kemaraan apabila terkandas di pusingan kedua acara pecut individu pada siri ketiga Piala Dunia di Hong Kong, pada Ahad.
Pada aksi di Hong Kong Velodrome itu, Azizulhasni ketinggalan 0.916 saat (s) di belakang pelumba Jepun, Tomohiro Fukaya yang merekodkan 9.939s, menurut laman sesawang Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI).
Dalam saingan pusingan pertama pagi Ahad, pelumba kelahiran Dungun, Terengganu itu mengatasi pelumba Amerika Syarikat, James Mellen, setelah mencatat masa 10.225s.
Pada Sabtu, pelumba diberi jolokan 'The Pocket Rocketman' itu menamatkan saingan di kedudukan keenam dalam acara keirin.
Perlumbaan di Hong Kong itu merupakan penyertaan pertama buat Azizulhasni selepas beliau tidak menyertai saingan siri pertama dan kedua, masing-masing di Minsk, Belarus (1 hingga 3 Nov) dan Glasgow, Great Britain (8 hingga 10 Nov).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Azizulhasni Awang
#berbasikal
#Hong Kong
#pecut
#Piala Dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan