awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Al Sultan Abdullah pencetus inspirasi bola sepak Malaysia, Asia - AFC

Bernama
Bernama
02/04/2019
21:13 MYT
Al Sultan Abdullah pencetus inspirasi bola sepak Malaysia, Asia - AFC
Sultan Abdullah terkenal dengan minat yang mendalam dan kepimpinan baginda dalam bola sepak. - Gambar fail
Presiden Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Shaikh Salman bin Ebrahim Al Khalifa menyifatkan Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai tokoh yang memberi inspirasi terhadap kemajuan bola sepak di Malaysia dan Asia.
Shaikh Salman juga secara peribadi menzahirkan ucapan terima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong atas sumbangan dan komitmen cemerlang baginda terhadap pembangunan bola sepak sejak beberapa dekad lalu.
"Baginda mencurahkan khidmat menerusi pelbagai kapasiti dalam bola sepak, dan banyak pihak termasuk saya akan merasakan ketiadaan peranan dan sokongan baginda.
"Kita akan sentiasa menghargai usaha baginda yang tidak mengenal penat lelah terhadap pembangunan pentadbiran profesional dan usaha mempromosi sukan berkenaan," kata Shaikh Salman dalam kenyataan dikeluarkan pada laman sesawang AFC; www.the-afc.com.
Shaikh Salman juga menzahirkan ucapan tahniah kepada Sultan Abdullah dalam melaksanakan tugas baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, dan menyatakan keyakinan Malaysia dan rakyat negara ini akan terus membangun dan maju di bawah pemerintahan baginda.
Terdahulu, Shaikh Salman menghadap Sultan Abdullah di Istana Negara, pada Selasa.
Sultan Abdullah terkenal dengan minat yang mendalam dan kepimpinan baginda dalam bola sepak dan memegang beberapa jawatan dalam AFC, termasuk Timbalan Presiden dan juga jawatan lain seperti Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Piala Asia AFC 2015 dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan AFC.
Baginda yang juga bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dari 2014 hingga 2017, turut mempengerusikan Pasukan Petugas Khas Tadbir Urus AFC, baru-baru ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#afc
#Al Sultan Abdullah
#Asia
#bola sepak
#kemajuan bola sepak
#Konfederasi Bola Sepak Asia
#Malaysia
#pembangunan bola sepak
#Shaikh Salman bin Ebrahim Al Khalifa
#tokoh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan