Sukan angkat berat berisiko digugurkan daripada Sukan Malaysia (Sukma) sekiranya berlaku lagi isu doping ketika berlangsung temasya dwitahunan itu di Perak.
Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail bagaimanapun berkata, ia akan dibawa ke peringkat jawatankuasa tertinggi Sukma terlebih dahulu.
Menurut beliau, itu adalah asas utama mengapa sukan itu digugurkan sebelum ini dan jika masih berlaku lagi, ia akan dibincangkan semula.
“Jika semasa Sukma masih terdapat isu doping di kalangan atlet angkat berat, ia akan dibawa ke peringkat jawatankuasa tertinggi Sukma kerana salah satu syarat yang diberi semula untuk bertanding ialah memastikan tidak ada lagi isu doping,” katanya pada sidang media di Pusat Media Sukma XIX di sini, hari ini.
Beliau mengulas laporan media mengenai seorang atlet angkat berat terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada temasya dwitahunan ke-19 itu kerana didapati positif dalam saringan ujian antidoping luar pertandingan baru-baru ini.
Saringan ujian pra-SUKMA itu dijalankan Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM) dengan kerjasama Agensi Antidoping Malaysia (Adamas) dan MSN serta Kementerian Belia dan Sukan dari 25 Julai hingga 29 Ogos lalu yang melibatkan 165 atlet daripada 14 pasukan negeri.
Ahmad Shapawi berkata, semua penggiat sukan angkat berat, sama ada atlet, jurulatih dan pegawai persatuan perlu mengambil tindakan bagi memastikan bahawa mereka juga turut menggalakkan pencegahan penggunaan bahan terlarang.
“Apabila didapati positif, bermakna sukar untuk mereka meyakinkan kita bahawa mereka perlu diberi pertimbangan untuk angkat berat sebagai sukan teras atau untuk dipertandingkan di peringkat Sukma,” ujarnya.
Menurut beliau, ujian yang dijalankan itu adalah rasmi kerana ujian doping boleh dijalankan pada bila-bila masa, sebelum pertandingan, selepas pertandingan atau semasa pertandingan.
“Apabila ujian positif, itu adalah keputusan rasmi dan ia adalah termaktub di bawah peraturan WADA (World Anti-Doping Code) yang akan dilaksanakan oleh PABM yang akan melaporkan tindakan yang akan diambil kepada atlet terbabit kepada pihak Persekutuan Berat Angkat Antarabangsa (IWF),” katanya.
Menurut Ahmad Shapawi, sukan angkat berat sahaja yang membuat tindakan proaktif itu manakala sukan-sukan lain akan dibuat proses doping seperti biasa yang akan dijalankan oleh pihak Adamas.
Abd Razak Mohd Ali
Mon Sep 10 2018
Semua penggiat sukan angkat berat, sama ada atlet, jurulatih dan pegawai persatuan perlu mengambil tindakan. - Gambar hiasan
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 10 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Piala Sultan Azlan Shah: Malaysia menang tipis 1-0 ke atas Korea Selatan
Malaysia melengkapkan jadual pusingan awal Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) ke-30 dengan kemenangan tipis 1-0 ke atas juara tiga kali Korea Selatan di Stadium Hoki Azlan Shah malam ini.
PBB lulus resolusi iktiraf Palestin sebagai anggota penuh
PBB lulus resolusi mengiktiraf Palestin sebagai negara anggota penuh, dengan 143 negara mengundi menyokong, 9 menentang dan 25 berkecuali.
Gelombang haba ragut 61 nyawa setakat ini di Thailand
Gelombang haba luar biasa dengan suhu yang dirasai melebihi 52 darjah Celsius setakat ini telah meragut 61 nyawa di Thailand.
Kira-kira 110,000 warga Palestin melarikan diri dari Rafah - UNRWA
UNRWA berkata tiada tempat yang selamat di Semenanjung Gaza untuk rakyat Palestin ketika keadaan hidup amat teruk.
Hubungan dengan Malaysia baik tetapi masih ada isu untuk diselesaikan pengganti, kata PM Lee
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, berkata hubungan republik itu dengan Malaysia "umumnya baik" tetapi masih ada beberapa isu yang perlu diselesaikan penggantinya.
Dua lelaki ditahan bantu siasatan pusat hiburan dibaling bom petrol
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata kedua-dua lelaki tempatan berkenaan ditahan pukul 3 petang di sebuah rumah.
Tumpuan Sabtu - 11 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Premis MARA dijadikan stor, tidak dibuka diberi notis dua bulan pengosongan - Asyraf
Premis-premis Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang dijadikan stor atau tidak dioperasikan seperti dalam perjanjian, akan diberi notis dua bulan untuk dikosongkan.
PABM teliti penggunaan suplemen buat Aniq Kasdan
Dalam aspek ini, Institut Sukan Negara perlu meneliti penggunaan suplemen yang mungkin boleh memberi tenaga dan kekuatan kepada atlet ini.
Mohamad Aniq buru ranking keempat kelayakan Olimpik Paris
Badang negara berkata untuk merealisasikan misi itu, beliau perlu membuat angkatan keseluruhan sebanyak 305 kg di Piala Dunia 2024 di Phuket, Thailand pada April depan.
Sukan Para Asia: Angkatan emas untuk abang Bryan - Bonnie
Malaysia raih emas kelima menerusi atlet powerlifting Bonnie Bunyau Gustin dalam acara 72 kilogram.
Keputusan Aniq dan Aznil masuk RTG diketahui selepas mesyuarat - Hannah
Hannah berkata, buat masa ini, beliau tidak boleh umum sebarang keputusan melibatkan program itu yang dipengerusikan bersama Presiden MOM.
Angkat berat boleh buat wanita jadi 'sado'? Fakta atau fiksyen?
Ramai wanita enggan melakukan senaman angkat berat kerana beranggapan tubuh mereka akan menjadi berotot dan hilang bentuk badan feminin.
Cipta rekod Malaysia senaman kardio, angkat berat 12 jam tanpa henti
Dr K Jey Prabakaran Thevar, 26, mencatatkan rekod tersebut pada 23 Julai lalu dengan menggunakan lebih 20 peralatan seperti treadmill, dumbbell dan barbell.
Melaka harap KBS lulus cadangan bina gimnasium angkat berat di Nyalas
Atlet negeri ini menggunakan Dewan Japerun Asahan sebagai pusat latihan kerana ketiadaan tempat untuk berlatih.
Sukan SEA: Nur Syazwani tebus kecewa kem angkat berat
Atlet muda, Nur Syazwani Radzi menghadiahkan pingat gangsa itu dalam kategori 64 kilogram (kg) wanita pada hari terakhir acara angkat berat.
Jurulatih yakin skuad Badang ke Sukan SEA, kelayakan Olimpik bebas doping
Jurulatih angkat berat kebangsaan Yon Haryono berkata skuad yang akan membawa cabaran negara menjalani ujian doping setiap bulan.
Aznil, Aniq sandaran skuad angkat berat ke Paris
PABM mempersiapkan kedua-dua atlet yang akan bersaing dalam kategori 61 kilogram untuk mengumpul sebanyak mungkin mata.