awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Malaysia mesti pertahan kedaulatan digital sebelum terlambat
Penulis novel adaptasi filem 'Drive' James Sallis meninggal dunia
Kemudahan WCFC tingkat keupayaan UMT dalam bidang penyelidikan marin, maritim
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Annuar Musa tarik diri pemilihan Presiden FAM, umum TMJ menang tanpa bertanding

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
23/03/2017
04:17 MYT
Annuar Musa tarik diri pemilihan Presiden FAM, umum TMJ menang tanpa bertanding
Annuar MUsa mengumumkan penarikan diri beliau daripada merebut jawatan Presiden FAM di sidang media khas di Parlimen hari ini. - Astro AWANI/HaArits Asyraf Hasnan
Calon Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa menarik diri daripada jawatan tersebut berkuat kuasa serta merta.
Keputusan beliau itu sekali gus memberi laluan kepada Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menang tanpa bertanding jawatan tersebut.
"Tidak ada mana-mana pihak atau individu yang mendesak saya membuat keputusan ini.
"Ini adalah keputusan saya sendiri, siapa pun saya tak bincang, termasuk isteri saya sendiri.
"Saya tidak mahu keluarga besar bola sepak Malaysia bergaduh sesama sendiri," katanya pada sidang media khas di Parlimen hari ini.
Jelas Annuar, keputusan itu dibuat kerana enggan melihat perbalahan dalam kalangan penyokong dan peminat bola sepak tanah air.
"Saya selalu ingatkan, jangan bawa bola berlebihan, akhirnya kerana bola sepak akan berlaku peperangan jadi seperti di Mesir dan di beberapa buah negara termasuk di Eropah. Jadi kena berpada-pada soal bola.
"Apabila keputusan ini dibuat, tujuan saya, saya harap tercapai iaitu harus ada keharmonian dalam keluarga bola sepak Malaysia.
"Keharmonian antara penyokong-penyokong di semua negeri, keharmonian dalam pegawai-pegawai yang mentadbir bola sepak dan keharmonian dalam pasukan-pasukan yang bertanding," jelasnya.
"Tiada sebarang desakan daripada mana-mana pihak, ini keputusan saya sendiri" - Annuar Musa @501Awani pic.twitter.com/Dvw5Ln1uFT
— Asyraf Hasnan AWANI (@AsyrafAWANI) March 23, 2017
Justeru, beliau berharap saf kepimpinan terbaharu FAM dapat kekal fokus dan membawa perubahan sebenar ke dalam industri bola sepak negara.
"Harapan saya agar semua fokus ke arah memperbaiki mutu bola sepak. Retorik dan janji sudah terlalu banyak. Semenjak saya jadi Timbalan Presiden pun macam begitu juga.
"Perubahan sebenar tidak ada. Jadi kita kena serius ketika ini. Beri peluang kepada Presiden baharu. Baginda terlalu komited sehingga saya nampak ada manifesto di dalam akhbar hari ini. Jadi kita harus beri peluang.
"Tapi pastikan ia berjalan dalam suasana dan semangat persaudaraan. Itu yang penting," katanya.
Beliau pada masa sama menafikan tindakan merehatkan beliau sementara sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) menjadi punca penarikan tersebut.
Topic Berkaitan
#Annuar Musa
#bola sepak
#calon
#FAM
#Parlimen
#presiden
#TMJ
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan