Tan Sri Annuar Musa tetap dengan pendiriannya meletak jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) sebagai memberikan laluan kepada individu yang lebih layak menerajui persatuan itu.
Katanya beliau tidak mahu menjadi seorang yang tamakkan jawatan setelah merasakan beliau tidak lagi berkemampuan untuk menguruskan KAFA.
Bagaimanapun, beliau yakin terdapat ramai anak Kelantan yang berjaya di luar sana yang boleh membawa pasukan bola sepak negeri itu ke peringkat yang lebih cemerlang.
"Ini bukan bermakna saya merajuk dengan sesiapa, atau tidak akan membantu KAFA selepas tidak memegang jawatan presiden. Saya tetap akan membantu setakat mana mampu.
"Kita tengok dulu apabila calon baharu ambil alih KAFA...jika tidak ada keserasian, saya tidak ada masalah untuk kembali semula kepada KAFA," katanya.
Annuar, yang juga Ketua Penerangan UMNO, berkata demikian kepada pemberita selepas pertemuan dengan kepimpinan akar umbi UMNO peringkat negeri di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Penerangan UMNO Pahang, Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad.
Beliau mengulas laporan media hari ini yang menyatakan barisan Exco KAFA terus mendesak supaya beliau menarik balik hasratnya meninggalkan jawatan presiden seperti mana yang diumumkannya Selasa lepas.
Timbalan Presiden KAFA, Datuk Seri Affandi Hamzah dipetik sebagai berkata Annuar masih kekal menerajui persatuan itu selepas surat peletakan jawatannya ditolak sebulat suara oleh anggota Exco KAFA yang bermesyuarat Khamis lepas.
Mengulas lanjut, Annuar berkata beliau tidak perlu mengemukakan surat peletakan jawatannya kepada Jawatankuasa Pengurusan KAFA kerana jawatan berkenaan bukan dilantik jawatankuasa tersebut.
"Perkara ini tidak sepatutnya menjadi isu, saya rasa tidak perlu mengemukakan hasrat (letak jawatan) saya ini kepada pihak Jawatankuasa Pengurusan KAFA, sebaliknya cuma memaklumkan kepada setiausaha agung KAFA ahaja," katanya.
Beliau mengakui ada wakil KAFA datang berjumpa dengannya semalam bagi membincangkan perkara itu dan beliau akan melihat semula prosedur peletakan jawatan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 13 2016
Annuar tidak berganjak dengan keputusannya berundur dari KAFA. - Gambar fail
UMNO tak pernah 'dicucuk hidung' sejak kerjasama dengan PH - Puad
Dakwaan Wan Ahmad Fayhsal bahawa UMNO kini menukar prinsip perjuangan sejak bersama PH disifatkan sebagai naif.
Tyra Kamaruzzaman kini isteri pereka fesyen, terima mas kahwin RM1,111
Menerusi perkongsian siaran langsung di Instagram, pasangan itu dinikahkan oleh bapa Tyra, Kamaruzzaman.
[TERKINI] Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2024
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke Majlis Perhimpunan Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2024 di Ipoh.
Majlis perhimpunan sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2024
4 Mei ialah tarikh keramat bagi semua anggota bomba di seluruh dunia dan pastinya, anggota bomba di Malaysia juga meraikan hari tersebut yang disambut pada setiap tahun di seluruh dunia.
Dengan Ipoh sebagai lokasi pilihan pada tahun ini, sambutan Hari Bomba Sedunia 2024 terus mengangkat 'Bomba Tonggak Penyelamat Negara' sebagai tema.
Dan untuk kita mendapatkan perkembangannya, langsung sahaja bersama wartawan Astro AWANI, Farhan Hakimi di Tambun.
Dengan Ipoh sebagai lokasi pilihan pada tahun ini, sambutan Hari Bomba Sedunia 2024 terus mengangkat 'Bomba Tonggak Penyelamat Negara' sebagai tema.
Dan untuk kita mendapatkan perkembangannya, langsung sahaja bersama wartawan Astro AWANI, Farhan Hakimi di Tambun.
Cuaca panas: Orang ramai tidak perlu risau, KKM sentiasa pantau keadaan
Orang ramai diminta tidak khuatir dengan cuaca panas yang melanda beberapa negeri ketika ini kerana situasi itu sentiasa dipantau rapat Kementerian Kesihatan (KKM).
Lima ulat parkir ditahan di Melaka
Ujian saringan air kencing mendapati dua lelaki dan seorang wanita yang ditahan itu positif dadah.
Barcelona tekad langsai hutang jumpa Girona
Barcelona akan menentang Girona dalam perlawanan 'derby' Catalan hujung minggu ini dengan misi membalas dendam awal musim ini.
Kemelut PKR Sabah: Tunggu Anwar umum Pengerusi MPN
Semua pihak diminta bersabar untuk menunggu keputusan daripada Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung perkara itu.
Reformasi pembangunan TVET perlu dibuat secara holistik
Reformasi pembangunan perlu dibuat secara holistik membabitkan ekosistem Pendidikan TVET sedia ada di Malaysia, kata Presiden Yayasan Mahir Malaysia, Datuk P Sri Ganesh.
AWANI-RareTV: Kampung bunian di Switzerland
Penulis J.R.R Tolkien menjadikan Lauterbrunnen sebagai latar dan insipirasi kepada penghasilan kampung 'Rivendell'.
Annuar Musa sedia kembali ke politik jika dipelawa menjadi calon
"Memaksa diri untuk (dicalon atau bertanding) bukan cara saya."
Rafizi bidas Annuar Musa dakwa kerajaan gagal kawal ekonomi
Rafizi berkata, keutamaan dalam 2023 adalah menstabilkan harga barang dengan menurunkan inflasi kerana ia membolehkannya tidak terus melonjak naik sepertimana dialami kerajaan sebelum ini.
Pengarah Hydroshoppe dapatkan pasport untuk lawatan kerja
Mahkamah membenarkan Pengarah Hydroshoppe, Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh mendapatkan sementara pasport.
Nik Elin sah ahli Muafakat Nasional
Peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid mengesahkan beliau merupakan ahli Muafakat Nasional (MN).
Annuar Musa bidas Rafizi, tegaskan Pas paling tersusun
Annuar membidas kenyataan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berhubung dakwaan parti Islam berkenaan tidak mempunyai kekuatan organisasi dan kelebihan bakat.
Shahidan, Annuar dilantik AJK Pas Pusat
Pelantikan tersebut dicadangkan serta dipersetujui berdasarkan peruntukan Fasal 25 dan 26 Perlembagaan parti berkenaan.
Politik tidak akan stabil selagi Melayu tak bersatu - Annuar
Melayu sebagai kaum majoriti mesti menjadi teras atau tapak utama dalam landskap politik Malaysia yang mempunyai kuasa dominan.
PRK di Johor sambungan referendum rakyat - Annuar
Annuar berkata, tidak lengkap referendum itu sekiranya tidak disertai rakyat Johor yang turut memberi isyarat sama.
Pengarah syarikat gagal batal tuduhan tawar suapan berhubung ambil alih konsesi Menara KL
Mahkamah hari ini menolak permohonan seorang pengarah syarikat untuk membatalkan pertuduhan menawarkan suapan RM500,000 berhubung proses pengambilalihan konsesi Menara Kuala Lumpur.
PRN: Eizlan Yusof hilang suara bantu kempen
Datuk Seri Eizlan Yusof, 52, hampir hilang suara susulan turut berkempen bersama-sama Tan Sri Annuar Musa untuk Perikatan Nasional (PN) sempena pilihan raya negeri (PRN) sejak Julai lalu.