Permainan mudah alih Arena of Valor (AOV) terbitan Garena baru-baru ini dianugerahkan sebagai permainan multi-pemain terbaik dalam Anugerah Permainan Mudah Alih Antarabangsa (IMGA) ke-14.
Pengurus Produk Garena AOV Jian Hao berkata penganugerahan tersebut sangat bermakna memandangkan mereka berlu bersaing dengan permainan-permainan lain yang berkualiti tinggi dalam pasaran.
“Kami sangat gembira dengan penghormatan yang diberikan ini.
“Kami tidak sabar untuk berkerjasama dengan pembangun bersama Tencent dan komuniti AOV untuk terus memberikan pengalaman bermain yang lebih baik bagi pengguna terutama dalam e-sukan.
“Baru-baru ini kami telah mengumumkan mengenai proses kelayakan Kejohanan Dunia AOV dan seharapnya dapat disertai oleh pemain-pemain Asia Tenggara,” katanya kepada Astro AWANI.
AOV yang dilancarkan di Malaysia pada 17 Oktober tahun lalu, merupakan permainan atas talian yang direka khas untuk telefon pintar dan menawarkan pelbagai mod berlawan termasuk pilihan 5-lawan-5 yang menjadi kegemaran pengguna.
Permainan tersebut telah dimuat turun lebih lima juta kali di peranti Android.
IMGA merupakan satu majlis anugerah bagi meraikan permainan mudah alih yang berkualiti daripada seluruh dunia.
Pencalonan dan pemilihan anugerah tersebut dilakukan melalui pemilihann panel-panel yang mempunyai pengalaman profesional dalm industri mudah alih sekurang-kurangnya lima tahun.
Pada tahun ini sebanyak 15 kategori dipertandingkan dengan 174 permainan telah disenarai pendek dalam anugerah IMGA tersebut.
Mariah Ahmad
Tue Apr 03 2018
AOV yang dilancarkan di Malaysia pada 17 Oktober tahun lalu merupakan permainan atas talian yang direka khas untuk telefon pintar dan menawarkan pelbagai mod termasuk lawan 5-lawan-5. - Foto Facebok / Arena of Valor
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberi ruang untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan iklan berkenaan.
AWANI Ringkas: Ketelusan boleh elak pembaziran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Indeks harga pengeluar Malaysia naik 1.6 peratus
Indeks Harga Pengeluar Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, meningkat 1.6 peratus pada Mac 2024.
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
JKDM beli 20 anjing pengesan dadah libat kos RM1.9 juta
JKDM dalam proses perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah serta tiga unit mesin pengimbas 'backscatter' dalam usaha perangi dadah.
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan yasin, tahlil di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut.
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Pengesahan pembayaran Google Play Store kelak akan buang sokongan kata laluan
Google dilihat akan membuang sokongan kata laluan bagi menggalakkan pengguna mengesahkan pembayaran dengan sistem biometri.
Bukan hanya Apple, 'spyware' juga beri risiko kepada pengguna Android
Teknologi yang diguna pakai bagi pembangunan 'spyware' bukanlah seperti virus biasa, yang mampu disekat oleh aplikasi antivirus.
Find My Device oleh Google bakal berfungsi seakan Apple Find My tidak lama lagi
Sistem baharu ini akan menggunakan peranti Android yang aktif di sekeliling pengguna sebagai nod pengesanan seperti mana dilakukan Apple.
Truecaller kini menghalang panggilan spam dengan AI
Truecaller adalah aplikasi panggilan telefon yang dikenali ramai. Ini kerana Truecaller telah membantu ramai orang membanteras panggilan spam.
Rekaan Epic Game Store diperlihatkan - Gedung aplikasi untuk Android dan iOS
Epic masih berperang dengan Apple atas tidak berpuas hati terhadap peraturan gedung aplikasi yang ditetapkan.
WhatsApp uji ciri mesej suara ke transkrip untuk Android pula
Ciri ini masih dalam pembangunan dan ia mungkin akan tiba dalam masa terdekat.
Google I/O 2024 akan berlangsung pada 14 Mei
CEO Google, Sundar Pichai akan memberi ucap tama di Shoreline Amphitheater.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Apple mudahkan pengguna iPhone pindah ke Android hujung tahun ini
Proses meninggalkan iPhone untuk berpindah ke Android akan dipermudahkan menjelang penghujung 2024 atau awal 2025.
Windows 11 henti sokong aplikasi Android bermula 2025
Aplikasi yang telah dipasang akan boleh terus digunakan.