awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Empat lelaki ditahan cuba seludup haiwan ternakan guna jalan tikus
Malaysia utamakan pelaburan jangka panjang, berorientasikan nilai dalam mineral kritikal
Rumah Putih rancang sidang kemuncak pertama Lembaga Keamanan pada 19 Feb
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Apa salahnya Ronaldo pinjam telefon bimbit doktor? Zidane pertahan CR7

Astro Awani
Astro Awani
24/01/2018
09:06 MYT
Apa salahnya Ronaldo pinjam telefon bimbit doktor?  Zidane pertahan CR7
Tindakan Ronaldo meminjam telefon bimbit doktor perubatan Real Madrid mengundang kecaman netizen. - Gambar AP
PENGENDALI Real Madrid Zinadine Zidane mempertahankan tindakan Cristiano Ronaldo yang meminjam telefon bimbit doktor pasukan itu bagi melihat luka di keningnya ketika perlawanan menentang Deportiva La Coruna hujung minggu lalu.
Bagi Zidane tindakan itu tidak ada salahnya dan perkara itu sengaja dibesar-besarkan pengguna media sosial.
“Kita tidak dapat mengawal apa orang cakap,”
“Dia cuma mengambil telefon bimbit untuk melihat sebesar mana luka pada wajahnya, itu saja,” jelas Zidane dalam sidang media sejurus tamat perlawanan.
Penyerang sensasi Portugal itu berdarah di bahagian atas mata selepas terkena kasut pertahanan lawan, Fabian Schaer ketika menanduk masuk gol keenam Real pada minit ke-83.
Ronaldo, 32, kemudian dibawa keluar padang bagi menerima rawatan dari pasukan perubatan.
Ketika itulah imej dia memegang telefon bimbit dengan wajah berdarah dirakam dan disebar di media sosial.
Dalam perlawanan itu Real menang besar 7-1 namun Ronaldo tidak kembali ke padang ketika perlawanan berbaki 10 minit untuk ditamatkan.
Ronaldo yang dikaitkan akan kembali bersama kelab lamanya Manchester United menerima beberapa jahitan dan kembali menjalani latihan bersama Los Blancos Isnin lalu.
Dia bagaimanapun tidak akan diturunkan dalam perlawanan suku akhir Piala Raja Sepanyol menentang Leganes awal pagi Khamis.
Real turun di laman sendiri dengan kelebihan agregat 1-0 hasil jaringan minit akhir perlawanan oleh Marco Asensio dalam suku akhir pertama lalu.
Topic Berkaitan
#Cristiano Ronaldo
#darah
#Doktor
#luka
#Manchester United
#media sosial
#Real Madrid
#sepanyol
#Telefon bimbit
#Zinadine Zidane
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan