LEGENDA Bayern Munich dan Belanda, Arjen Robben, memutuskan untuk menamatkan kariernya selaku pemain pada usia 35 tahun.
Robben menikmati karier gemilang di pentas tertinggi bola sepak Eropah dengan memenangi kejuaraan utama buat PSV, Chelsea, Real Madrid dan Bayern.
Bagaimanapun, dia enggan mencari sebarang pasukan lain selepas dilepaskan Bayern sambil menegaskan keputusan itu tidak akan berubah.
"Seperti yang diketahui ramai, saya mengambil sedikit masa selepas perlawanan terakhir bersama Bayern untuk memikirkan keputusan mengenai masa depan saya.
"Kini, saya telah memilih untuk menamatkan karier saya sebagai pemain profesional," katanya dalam satu kenyataan.
"Kecintaan terhadap permainan dan keyakinan bahawa anda masih boleh menawan dunia, berlawanan dengan realiti yang tidak selalu berjalan seperti yang anda inginkan dan anda bukan lagi remaja berusia 16 tahun yang tidak tahu makna kecederaan.
"Buat masa ini, saya amat cergas dan sihat dan sebagai peminat kepada sukan-sukan lain, saya mahu kekal seperti ini.
"Pengunduran saya ini tetap, namun ia bagus untuk kekal seperti ini," katanya.
Robben mula dikenali dunia menerusi dua kejuaraan Liga Perdana Inggeris berturut-turut dalam musim 2004-05 dan 2005-06, selepas menyertai Chelsea pada 2004, sebelum memenangi kejuaraan Piala FA dalam musim berikutnya.
Perpindahannya ke Real Madrid tidak begitu berjaya secara individu, namun dia memenangi LaLiga pada musim 2007-08.
Robben menyertai Bayern pada 2009 dan walaupun berdepan beberapa siri kecederaan, dia masih mampu melengkapkan karier gemilang selama 10 tahun di Allianz Arena.
Dia memenangi lapan gelaran Bundesliga di samping kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah 2012-13 dengan secara keseluruhannya telah melakukan 309 penampilan dalam kesemua kejohanan buat pasukan itu.
Walaupun kerap cedera, Robben masih mampu menjaringkan 144 gol buat Bayern, termasuk enam daripada 19 perlawanan musim terakhirnya.
"Masih terlalu awal untuk mengimbau karier saya tetapi buat masa ini, hanya kebanggaan dan kesyukuran menguasai perasaan saya.
"Saya mahu berterima kasih kepada semua yang terlibat sepanjang waktu ini dengan seikhlas hati saya.
"Ibu bapa saya, kakak saya, keluarga, kawan, jurulatih peribadi saya, semua kelab, ahli pasukan, jurulatih, wartawan dan peminat. Setiap yang menyokong saya selama bertahun-tahun ini dan meletakkan saya di mana saya berada pada hari ini.
"Saya telah hidup selama 19 tahun untuk keghairahan ini.
"Ia menuntut mentaliti tertentu dan pasti mengambil banyak tenaga, terutama ketika sesuatu tidak berjalan seperti yang anda inginkan dan ketika anda perlu bangkit daripada waktu-waktu sukar.
"Atlet terbaik terkenal dengan sikap mementingkan diri dan saya pastinya tidak terkecuali.
"Oleh itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga saya kerana sokongan yang tidak berbelah-bahagi, memahami saya dengan rasa cinta.
"Sudah tiba masanya untuk memulakan fasa baru dan saya tidak sabar untuk menghabiskan lebih banyak masa bersama isteri dan anak-anak saya dan menikmati setiap perkara baik yang akan terus datang kepada kami," tambahnya.
Di sebalik pencapaian gemilangnya di peringkat kelab, Robben turut menjaringkan 37 gol daripada 96 penampilan antarabangsa sepanjang 14 tahun bersama skuad kebangsaan Belanda.
Astro Arena
Fri Jul 05 2019
Arjen Robben tidak mahu meneruskan kerjaya sebagai pemain bola sepak profesional. - Foto AP
KPDN Kelantan sita 34,871 liter minyak diesel di Kuala Krai
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan menyita kira-kira 34,871 liter minyak diesel bernilai lebih RM74,900 di sebuah premis perniagaan di Kuala Krai, semalam.
Baki stok simpanan air di empat empangan pada paras kritikal - NADMA
Empat empangan air di Johor, Pulau Pinang dan Kedah menunjukkan penurunan paras simpanan sumber air mentah pada paras kritikal setakat semalam susulan cuaca panas.
Pesawat Maritim Malaysia bantu padam kebakaran di Miri
Maritim Malaysia telah mengatur gerak pesawat Bombardier CL-415 miliknya, bagi membantu dalam operasi memadamkan kebakaran hutan tanah gambut secara bersepadu.
Polis tahan lelaki bakar mercun di tengah jalan raya
Polis menahan seorang pembantu bengkel yang disyaki membakar mercun di tengah jalan raya, ketika perarakan pengebumian berdekatan sebuah pasar raya di Banting, Selangor, semalam.
Usaha kumpulan minoriti serang dasar kerajaan perlu dibendung - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyifatkan kumpulan minoriti itu umpama 'biawak hidup' kepada sebarang perancangan memajukan negara.
NADMA laksana pembenihan awan di Papar, Lahad Datu dan Tawau
Operasi itu dilaksanakan bagi mendapatkan sumber air mencukupi di kawasan tadahan hujan ekoran cuaca panas.
Sultan Selangor berkenan lancar Tabung Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan melancarkan Tabung Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza.
PADU: Keraguan pengguna patut menjadi satu mesej yang kerajaan kena faham - Pakar
Masalah itu tercetus akibat kurangnya komunikasi yang cermat dan akhirnya, ia membawa kepada pemahaman yang bersegmen dan kompleks.
Jumlah korban serangan di dewan konsert Rusia meningkat kepada 143
Jumaat lepas, sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan rambang di Dewan Bandaraya Crocus, Krasnogorsk dalam Wilayah Moscow.
Kerjasama dua hala India-Malaysia bergantung kepada kepercayaan, kebolehpercayaan bersama - Menteri Luar
Memupuk kepercayaan dan kebolehpercayaan bersama sebagai asas untuk kerjasama dua hala antara India dan Malaysia adalah sangat penting, kata Menteri Luar India, Dr S. Jaishankar.
Robben bersara buat kali kedua
Kini ia sudah rasmi Robben mengambil keputusan mengantung kasut but buat kali kedua pada usia 37 tahun.
Arjen Robben umum persaraan
Arjen Robben, 35 tahun umum menamatkan kerjaya sebagai pemain bola sepak profesional.
Jaringan hebat Robben bantu Bayern
Pertahanan Leverkusen, Wendell, menjaringkan gol pembukaan pada minit kelima menerusi sepakan penalti di Allianz Arena.
Arjen Robben umum persaraan selepas gagal bawa Belanda ke Piala Dunia Rusia
Mula mewakili Belanda pada April 2003, Robben beraksi dalam 96 perlawanan dan meledak 37 jaringan.
Robben masih sayang jersi Belanda
Pemain antarabangsa Belanda itu terpaksa direhatkan selama enam minggu akibat masalah pangkal paha.
Arjen Robben mohon maaf kerana sengaja jatuhkan badan untuk penalti
Arjen Robben memohon maaf kerana tindakannya yang sengaja menjatuhkan badan dalam kotak penalti untuk mendapatkan penalti ketika menentang Mexico.
Larian Arjen Robben cecah 37km/j tetapi mengaku tidak sepantas Usain Bolt
Bintang Bayern Munich Arjen Robben yang dilaporkan mencatat kelajuan 37km/j ketika menentang Sepanyol.
Liga Juara-Juara: Bayern Munich muncul juara
Jaringan Arjen Robben di lewat permainan membantu Bayern Munich untuk muncul juara Liga Juara-Juara Eropah.