Arsenal mencatatkan kemenangan liga pertamanya selepas selepas menundukkan Watford 3-1 di Vicarage Road pada Sabtu malam.

Dalam dua perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris musim ini skuad bimbingan Arsene Wenger mencatatkan keputusan seri serta kalah.

Arsenal bermula garang selepas mendahului 3-0 pada separuh masa pertama hasil jaringan Santi Cazorla, Alexis Sanchez dan Mesut Ozil masing-masing pada minit ke-9, 40 dan 45.

Dalam babak kedua, Watford berjaya menjaring satu gol pada minit ke-57 hasil jaringan Roberto Pereyra.

Apabila wisel penamat dibunyikan keputusan kekal 3-1 memihak kepada Arsenal.