Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Berita  | Sukan

Arsenal harap layak ke slot Liga Juara-juara

Arsenal harap layak ke slot Liga Juara-juara
Reaksi Mikel Arteta ketika perlawanan EPL antara Wolverhampton Wanderers dan Arsenal di Stadium Molineux, Wolverhampton, Britain, 4 Julai, 2020. REUTERS
PENGENDALI Arsenal, Mikel Arteta sedar pasukan itu perlu meraih penamat sempurna musim ini selepas mencatat kemenangan 2-0 ke atas Wolves dalam saingan Liga Perdana pada awal pagi Ahad.

Ia sekali gus menghidupkan peluang untuk layak ke Liga Juara-juara pada musim hadapan.

Skuad bimbingan Arteta berjaya melakar kemenangan hasil jaringan Bukayo Saka pada babak pertama serta gol lewat permainan oleh Alexandre Lacazette.

Gunners dilihat sukar untuk layak ke Liga Juara-juara musim depan namun, peluang kini terbuka selepas Manchester City yang kini menduduki di tangga ke dua liga tidak dibenarkan beraksi.
Kedudukan kelima sudah cukup untuk melayakkan diri ke pentas bola sepak elit Eropah itu.

Setelah kembali beraksi semula selepas lebih tiga bulan saingan ditangguhkan, Arteta dilihat berjaya membawa kelab ke pencapaian membanggakan.
Wolves kini di kedudukan keenam liga dan di tempat ketujuh, kurang tiga mata di belakang Wolves.