Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Berita  | Sukan

Arsenal mahu tandatangani Ceballos secara tetap

Arsenal mahu tandatangani Ceballos secara tetap
Pengakhir musim yang cemerlang di Stadium Emirates bakal menjadi motivasi buat Ceballos kekal bersama pasukan. - Reuters
ARSENAL dalam perbincangan untuk menjadikan pertukaran pinjaman Dani Ceballos daripada Real Madrid secara tetap.

Musim pemain tengah Sepanyol berusia 23 tahun itu terganggu kerana kecederaan hamstring tetapi kini telah turun tujuh daripada lapan perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan mula berkembang maju di bawah kendalian Mikel Arteta.
The Gunners kembali beraksi menentang Leicester City awal pagi esok selepas merekodkan kemenangan 2-0 hujung minggu lalu ketika berdepan Wolves dalam usaha mereka untuk meraih slot ke Liga Juara-Juara (UCL).

Pengakhir musim yang cemerlang di Stadium Emirates bakal menjadi motivasi buat Ceballos kekal bersama pasukan.
"Ya, kita telah berbincang dengan (Real Madrid).

"Jelas Ceballos masih belum lagi menjadi milik kami. Kami perlu mengadakan perbincangan dan melihat apa yang dapat kami lakukan," kata Arteta.

Ceballos yang meledak gol kemenangan ke atas Sheffield United untuk memastikan pasukan menempah slot ke separuh akhir Piala FA berdepan Manchester City dan Arteta terkesan dengan semangat yang dimilikinya.

"Saya sangat gembira dengannya cara dia berkembang. Dan, saya juga suka betapa dia suka bermain bola sepak, semangat yang dia ada dalam setiap sesi latihan dan dalam setiap perlawanan.

"Saya sangat gembira dengannya. Saya berasakan dia berkembang dengan cara yang betul dan menjadi pemain yang sangat penting bagi kami," tambahnya.

Sila klik di sini untuk layari Stadium Astro



Tag: arsenal, dani ceballos, real madrid, bola sepak, epl, Liga Perdana Inggeris, Mikel Arteta



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.