ARSENAL menewaskan Newcastle United 2-0 untuk melonjak ke tangga ketiga Liga Perdana Inggeris (EPL).

Sebelum perlawanan bermula, the Gunners menduduki tangga kelima liga dan mahu mencapai kemenangan untuk mengembalikan pasukan itu dalam kelompok empat pasukan terbaik.

Beraksi di halaman sendiri, Aaron Ramsey membuka tirai jaringan menerusi satu rembatan leret pada minit ke-30.

Alexandre Lacazette menggandakan jaringan the Gunners pada minit ke-87 dengan melambung bola melepasi penjaga gol Newcastle, Martin Dubravka.



Peluang terbaik Newcastle untuk menjaringkan gol diperoleh Salomon Rondon namun rembatannya diselamatkan penjaga gol Arsenal, Salomon Rondon.

Kemenangan menyaksikan Arsenal mengutip 63 mata di tangga ketiga liga, dua mata dihadapan Tottenham dan Manchester United masing-masing di tangga keempat dan kelima.

Chelsea yang melakar kemenangan ke atas Cardiff pada Ahad pula mengumpul 60 mata di tangga keenam.