ASHLEY Young telah melengkapkan perpindahan secara rasmi ke Inter Milan dengan yuran perpindahan dilaporkan sekitar 1.5 juta Euro.

Pemain berusia 34 tahun itu memutuskan untuk meninggalkan Manchester United dengan baki kontrak semasa beliau akan tamat pada akhir musim ini.

Young sebelum ini sudah diberikan lanjutan kontrak khas setahun seperti mana terkandung dalam klausa kontrak beliau.

Beliau buat 261 penampilan selain menyumbang 19 gol untuk Manchester United sejak menyertai kelab itu dari Aston Villa pada 2011.

Young telah dipilih menjadi ketua pasukan Manchester United menggantikan Antonio Valencia di mana tugas itu kini akan digalas oleh Harry Maguire.