Di sebalik pelbagai kritikan yang diterima Jawatankuasa Penganjuran Sukan SEA Filipina (PHISGOC) susulan kegagalan mereka menyelesaikan beberapa isu berbangkit, beberapa atlet dan jurulatih dari negara ASEAN memuji kemudahan lengkap yang disediakan di Perkampungan Atlet Clark (New Clark City Athletes' Village), di sini.
Pesilat wanita Brunei, Anisah Najihah Abdullah yang ditemui Bernama di Perkampungan Atlet berkenaan, berpuashati dan kagum dengan kemampuan tuan rumah menyediakan kemudahan terbaik untuk atlet yang bertanding, selain turut peka dengan menyediakan makanan halal kepada atlet yang beragama Islam.
"Walaupun saya tinggal di Subic kerana acara silat berlangsung di sana, namun saya kagum dengan kemudahan yang ada di Perkampungan Atlet di sini yang boleh dikatakan hampir sama yang terdapat pada Sukan Asia 2018 di Jakarta, dan lebih penting saya mudah mendapatkan makanan halal," katanya yang mengakui masalah kesesakan trafik menjadi rungutan banyak atlet bertanding.
Anisah Najihah yang membuat penampilang sulung dalam acara Silat Seni Puteri pada Sukan SEA kali ini, turut yakin Filipina mampu menyelesaikan beberapa masalah yang membelenggu mereka walaupun menerima kritikan hebat daripada media tempatan.
Berkongsi pandangan sama adalah pesilat lelaki Brunei, Muhd Isyraq Zulfadhli Ali yang memuji tuan rumah kerana menyediakan makanan halal, selain beberapa kelengkapan lain yang menjadi gim, tempat riadah dan bilik solat.
"Daripada pandangan saya, saya cukup berpuashati dengan kemudahan yang ada, selain makanan halal turut disediakan kepada atlet yang beragama Islam, cuma perjalanan dari sini ke Manila mengambil masa yang agak lama kerana kesesakan trafik," katanya.
Turut menyuarakan sentimen mereka adalah jurulatih Arnis Filipina, Reignrose Esquira yang sangat gembira dengan pelbagai penginapan yang disediakan di Kampung New Clark City 'New Village.
"Bagi saya, sangat luar biasa untuk melihat banyak kemudahan yang disediakan di Kampung Atlet ini, dan makanan juga lazat, dan ruang bilik agak besar walaupun separuh lengkap dan saya tidak melihat kekurangan dalam kemudahan di desa atlet ini," menurut Reignrose.
Atlet wanita Arnis, L Sheilar Min Naing dari Myanmar, juga memuji tuan rumah terhadap kemampuan menyediakan pelbagai penginapan untuk negara-negara yang bersaing walaupun menghadapi beberapa kekurangan di kawasan lain seperti di Manila.
Seramai 214 atlet dan pegawai Malaysia ditempatkan di perkampungan atlet ini yang terletak kira-kira 90km dari Manila.
Sukan SEA 2019 yang bermula sejak 24 Nov ini akan berakhir pada 11 Dis, menampilkan 56 sukan di tiga kluster - Manila, Clark dan Subic.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 30 2019
Ketua Kontinjen Malaysia Datuk Megat Zulkarnain Omardin (tengah) berswafoto dengan sebahagian atlet negara di Perkampungan Sukan Clark, 29 Nov, 2019. -- fotoBERNAMA
Keluarga mohon bantuan kesan anak dikhuatiri hilang
Anak kedua daripada empat beradik itu dilihat keluar dari rumah pada 20 Feb lalu, kira-kira jam 10.30 pagi dengan menaiki motosikal.
Piala Asia B-23: Indonesia hantar Korea Selatan pulang dari Qatar 2024
Penjaga gol Garuda Muda, Ernando Ari muncul wira selepas menafikan dua sepakan penalti bagi mengakhiri cabaran Young Taegeuk Warriors.
LATAR umum penutupan sementara persimpangan Ijok, Puncak Alam
Penutupan itu untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pemasangan rasuk jambatan bagi menyiapkan persimpangan Eco Business Park V.
Sirah Nabi Muhammad SAW akan ‘lebih hidup’ selepas ini…
Penerokaan teknologi ini yang dibuat kerajaan Arab Saudi mampu mencambah pemahaman umat Islam yang mengunjunginya.
Malaysia tidak lupa pengorbanan wira perang Australia dan New Zealand di Sandakan
Katanya, kenangan mengenai tawanan perang yang menderita ketika kejadian kawad maut yang terkenal itu terukir di Taman Peringatan Sandakan.
AWANI Pagi: Kesan kesihatan makan lewat malam
Benarkah dakwaan makan lewat malam boleh mengakibatkan masalah kesihatan dan obesiti, hingga wujud desakan kedai makan 24 jam dilarang beroperasi 24 jam? Ikuti penjelasannya bersama Prof Dr Norhasmah Sulaiman, Profesor Jabatan Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains, Kesihatan Universiti Putra Malaysia.
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Ruhainies mohon maaf kepada Bella Astillah, luah hasrat untuk bertemu
"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku."
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
Atlet beragama Islam selesa di Perkampungan Atlet Clark dengan makanan halal, bilik solat
Pesilat Brunei, Anisah Najihah Abdullah berpuashati dan kagum dengan kemampuan tuan rumah menyediakan kemudahan terbaik untuk atlet yang bertanding, selain turut peka dengan menyediakan makanan halal.