Peluncur ski negara, Jeffrey Webb dapat lampu hijau mewakili Malaysia walaupun berstatus naturalisasi kerana bapanya berasal dari Amerika Syarikat.

Sebagai permulaan, tiga peluncur membentuk pasukan pertama mewakili Persatuan Ski Malaysia.

Mereka dibarisi Jeffrey, adik-beradik Othman dan Khadijah Mirzan.

Tumpuan buat Jeffrey memandangkan dia menetap di Amerika Syarikat dan hanya sesekali pulang ke tanah air.

"Saya sangat teruja untuk mewakili Malaysia untuk Sukan Asia dan saya akan terus meningkat lagi kemahiran saya," kata Jeffrey.

Mereka diperkenalkan secara rasmi sebagai pasukan ski dan papan luncur salji kebangsaan yang akan menyertai Sukan Asia musim sejuk 2017 di Sapporo, Jepun.

Misi utama ialah layak ke Sukan Olimpik musim sejuk 2018 di Pyeongchang, Korea.