Seorang atlet negara yang memenangi pingat emas pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL 2017) pada Ogos lalu dipercayai adalah antara tiga atlet yang gagal ujian doping.
Ketua Jawatankuasa Perubatan dan Anti Doping Persekutuan Sukan SEA (SEAGF), Datuk Dr SS Cheema berkata ujian makmal yang dilakukan di New Delhi mendapati terdapat bahan larangan dalam sampel A semua atlet tersebut.
"Kita menerima laporan daripada makmal di New Delhi dua minggu lalu yang mengesahkan kewujudan bahan larangan pada tiga atlet yang menyertai KL2017.
"Namun kita tidak boleh membuat kesimpulan dengan mengatakan kesemua atlet berkenaan bersalah sehingga siasatan menyeluruh dilakukan pihak berkaitan," katanya kepada Bernama.
Dr Cheema yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perubatan dan Anti Doping Majlis Olimpik Malaysia berkata beliau tidak boleh memberitahu nama atlet tersebut dan negara mereka kerana ia akan menjejaskan imej mereka.
Beliau berkata kesemua atlet terbabit akan diberi pelung untuk mencabar sampel B sebelum tampil di hadapan Jawatankuasa Pendengaran SEAGF.
"SEAGF akan menarik balik pingat sekiranya sebarang atlet ini memenangi pingat dan persekutuan antarabangsa bagi acara sukan tersebut akan memutuskan bentuk tindakan yang akan diambil sekiranya para atlet berkenaan gagal ujian doping," katanya.
Dalam pada itu Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Ahmad Shapawi Ismail enggan mengulas lanjut berhubung perkara berkenaan memandangkan siasatan masih dijalankan oleh pihak yang bertanggungjawab.
"Saya tak nak komen lebih lanjut kerana tiada kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Majlis Olimpik Malaysia setakat ini dan saya berharap pihak media dapat tunggu kenyataan rasmi daripada mereka.
"Kebiasaannya apabila terdapat kes doping yang dilaporkan di kalangan atlet negara, MOM akan menghantar surat kepada persatuan berkenaan menyatakan atlet mereka terlibat dalam kes ini sebelum ia dimaklumkan kepada atlet berkenaan dan kita hanya memantau sahaja perkembangan kes berkenaan," jelas Ahmad Shapawi.
Bernama sebelum ini melaporkan sejumlah 799 sampel air kencing dan 32 sampel darah telah diambil daripada atlet yang beraksi pada KL 2017.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 03 2017
Ujian makmal yang dilakukan di New Delhi mendapati terdapat bahan larangan dalam sampel A semua atlet tersebut. - Gambar fail
Wanita Singapura hilang di Sepanyol ditemui mati dengan kesan tikaman: Laporan
Polis tempatan tahan seorang lelaki warga Singapura untuk dirakam keterangan.
Google tidak akan tuntut hak cipta atas kandungan dijana AI
Google tidak akan menuntut hak cipta output yang telah dijana dengan perkhidmatan AI generatif mereka.
Mangsa banjir di tiga negeri menurun - NADMA
Jumlah mangsa banjir menurun kepada 759 mangsa yang ditempatkan di enam pusat permindahan sementara setakat 6 pagi tadi.
KWSP tidak lagi jadi pemegang saham utama Affin Bank, buka laluan kepada Sarawak
Pelupusan saham Affin Bank oleh KWSP berlaku pada 12 April, namun tidak dinyatakan nilai urus niaga itu.
Niaga AWANI: Melengkapkan pekerja dengan kemahiran masa hadapan
Sertai perbincangan bersama Faizal Ridzuan, Perunding Sumber Manusia, mengenai risiko yang dihadapi oleh pekerja yang tidak mempunyai kemahiran masa depan yang diperlukan, termasuk aspek kecerdasan buatan (AI), serta impaknya terhadap keputusan pekerjaan dan keperluan pembangunan kemahiran.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Telegram sasar capai 1 bilion pengguna aktif bulanan tahun ini
Buat masa ini, perkhidmatan permesejan berkenaan mempunyai sekitar 900 juta pengguna aktif bulanan.
Niaga AWANI: Prestasi Bursa Malaysia setakat 18 April 2024
Indeks petunjuk pasaran itu yang dibuka tinggi naik 0.05 mata kepada 1,535.05, bergerak antara paras 1,532.95 dan 1,541.88 sepanjang sesi dagangan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Prestasi ringgit setakat 18 April 2024
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit meningkat sedikit hari ini, seiring penurunan kecil Indeks Dolar AS (DXY) sebanyak 0.10 peratus kepada 106.153 mata.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Cukai & subsidi: Merungkai dasar tidak popular, strategi komunikasi berkesan
Berdasarkan laporan Ipsos, semakin ramai rakyat Malaysia kini percaya bahawa negara tidak mempunyai hala tuju yang betul. Ipsos mendedahkan lebih separuh rakyat Malaysia secara khusus menyatakan kebimbangan utama mereka tentang pembetulan kewangan dan politik. Kupasan lanjut bersama Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff untuk bantu memahami laporan dan kebimbangan ini.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
UCL: Guardiola tidak kesal Man City tersingkir
Manchester City tewas 3-4 kepada Real Madrid selepas pertemuan suku akhir kedua awal pagi tadi terikat 1-1 dan 4-4 secara agregat.
Atlet perlu bersedia jika Malaysia anjur Sukan Komanwel 2026 - Nicol
Sama ada Malaysia menganjurkan temasya itu atau tidak, atlet negara di bawah program pembangunan dan latihan MSN sentiasa menjalani latihan.
Hadiah kereta menanti pemenang pingat Sukan Olimpik di Paris - Hannah
Jawatankuasa Road To Gold (RTG) telah menerima tawaran daripada sebuah syarikat kereta yang berminat memberi ganjaran kepada atlet negara.
Tiada campur tangan, 'entiti' atau kemelut dalaman - Hannah
Komunikasi antara atlet, jurulatih dan Persekutuan Renang Malaysia (MAS) perlu dipertingkatkan bagi mengelak isu kegagalan di Doha berulang.
Khairulnizam masih ada peluang terakhir ke Olimpik Paris 2024
Satu peluang terakhir untuk layak ke Paris 2024 apabila bertanding di Last Chance Regatta di Hyeres, Perancis April ini.
Nasihat Shalin pada atlet negara, jangan cepat selesa, pastikan imbuhan diterima selari pencapaian
Atlet negara juga dinasihatkan perlu ada mentaliti pantang menyerah kalah seperti atlet era terdahulu.
Mod 'gear lima' buru tiket Olimpik
Nazifuddin berkata, mereka mempunyai tempoh sehingga April untuk 'pecut' mendapatkan slot ke temasya terbesar dunia tersebut.
Lapan atlet negara layak ke Piala Dunia Wushu 2024
Lapan atlet negara yang berentap di Kejohanan Wushu Dunia 2023 minggu lepas layak untuk membawa cabaran negara ke Piala Dunia Wushu 2024 di Jepun, Nov depan.
Ariana Nur Dania layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Ariana Nur Dania mempamerkan aksi membanggakan dengan berjaya mara ke pentas final Kejohanan Benua Asia di Bangkok, Thailand hari ini.
Pencapaian di Hangzhou bagi bayangan emas untuk Sukan Paralimpik Paris
Atlet negara di Sukan Para Asia 2022 Hangzhou sekali lagi membuktikan kehebatan mereka apabila terus mengekalkan rentak cemerlang mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.
Nasib atlet RTG Selasa ini - Hannah
Persoalan mengenai nasib atlet yang tersenarai dalam program Road To Gold (RTG) bakal terjawab dalam mesyuarat jawatankuasa penilaian program tersebut Selasa ini.