JURGEN Klopp menjangkakan cabaran getir daripada Atletico Madrid dan tidak percaya mereka melalui musim yang buruk seperti yang diperkatakan ramai menjelang pertemuan pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi esok.
Beberapa musim sebelum ini, Atletico merupakan pencabar elit pentas Eropah tetapi turun dalam aksi awal pagi esok sebagai bukan pilihan.
Skuad kendalian Diego Simeone itu kini menduduki tangga keempat LaLiga, bergelut untuk meraih slot ke Liga Juara-Juara musim depan dan dijangka berdepan kesukaran menentang pendahulu Liga Perdana Inggeris, Liverpool.
Klopp tidak sama pasti sama ada perubahan yang dialami di Wanda Metropolitano susulan penghijrahan Antoine Griezmann, Diego Godin dan Lucas Hernandez memberikan kesan besar kepada Atletico.
"Menentang Atletico merupakan salah satu perkara paling sukar buat pemain bola sepak," katanya.
"Mereka sangat tersusun, mencipta keputusan seperti mesin dan berupaya mengubah keadaan dalam setiap perlawanan jika berpeluang.
"Ya, orang ramai memberitahu mereka tidak melalui musim yang baik tetapi ia adalah tempoh perubahan, itu normal. Mereka masih berjuang dengan apa yang dimiliki. Anda tidak menerima banyak peluang dan ia sangat sukar.
"Apa yang mereka tampilkan setakat ini tidak seburuk seperti diperkatakan dan ia tidak memberi kesan kepada apa yang bakal berlaku awal pagi esok.
"Mereka akan beraksi lebih baik esok dan dalam aksi seterusnya, siapa yang lebih banyak berjuang dan penuh keinginan akan meneruskan kemaraan, bukan pasukan yang beraksi dalam Liga Perdana Inggeris atau LaLiga. Ia mudah.
"Namun, kami di sini semestinya mempunyai cita-cita. Kami akan mencuba."
Klopp juga tidak berminat dengan dakwaan Atletico tidak menampilkan aksi menghiburkan tetapi berpendapat ia sesuatu yang hebat.
"Tiada apa boleh saya katakan kepada mereka. Aksi menghiburkan adalah kejayaan. Bagi saya, ia menarik perhatian.
"Ia sangat getir. Kepantasan, agresif, perancangan yang jelas serta falsafah yang mantap.
"Saya tahu kami berada di Sepanyol, negara di mana wujudnya tiki-taka tetapi saya dari Jerman. Saya sukakan perkara sebegitu. Bagi saya, tiada apa perlu dibincangkan."
Klopp juga sedar Liverpool akan berdepan masalah jika mereka tidak beraksi di tahap sebenar.
"Jika ada pasukan yang memerlukan anda untuk berada di tahap terbaik, ia adalah Atletico," katanya.
"Jika anda bekerja keras, anda berpeluang. Jika tidak, tiada sebarang harapan. Itu kebenarannya."
Bercakap mengenai cara Simeone ketika di tepi padang, Klopp menambah: "Orang ramai berkata saya beremosi di tepi padang. Jika saya di tahap empat, Simeone berada di tahap 12.
"Saya seperti anak didiknya. Ia sangat mengujakan. Sepanjang lapan tahun dan dia masih memilikinya, ia sesuatu yang hebat.
"Pasukannya sentiasa menampilkan perancangan rapi dan ia membuatkan Simeone seorang yang hebat."
Astro Arena
Tue Feb 18 2020
Jurgen Klopp bercakap pada sidang media di Stadium Wanda Metropolitano di Madrid, Sepanyol, 17 Feb, 2020. (Foto AP)
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
La Liga: Gol masa kecederaan Marcos Llorente nafi kemenangan Real Madrid
Jaringan awal Brahim Diaz kelihatan sudah memastikan Real mengambil peluang keputusan seri tanpa jaringan Girona bertemu Real Sociedad.
LaLiga: Joao Felix wira Barcelona tundukkan Atletico
Felix muncul duri dalam daging buat Atletico menerusi penyudahnya dalam separuh masa pertama untuk kemenangan 1-0 awal pagi tadi.
Alaba mohon maaf kepada penyokong Real Madrid susulan tewas kepada Atletico
Dalam ketiga-tiga kejadian, Alaba gagal mengawal pergerakan Alvaro Morata sebanyak dua kali dan Antoine Griezmann.
Felix dedah punca tinggalkan Atletico Madrid
Pemain itu menyertai Atletico dengan bayaran sebanyak 126 juta Euro pada 2019, namun bergelut untuk merealisasikan potensinya.
Copa del Rey: Llorente pacu kemaraan Atletico ke suku akhir
Pasukan bimbingan Diego Simeone itu hanya mencatatkan satu kemenangan daripada enam perlawanan LaLiga terakhir.
Atletico dikecam ekoran insiden perkauman terhadap Vinicius
Menurut kelab itu, perkara tersebut 'tidak boleh diterima' dan mereka tidak akan berhenti sehingga pelakunya ditemui dan dihukum.
Saga Griezmann: Barcelona mahu saman Atletico Madrid
Barcelona dan Atletico Madrid kini sedang bertelagah mengenai klausa pembelian Griezmann secara tetap.
Liga Juara-Juara: Atletico Madrid tewas kepada Athletic Bilbao
Atletico Madrid terlepas peluang memperkukukan kedudukan dalam kelompok empat teatas selepas tewas 0-2 kepada Athletic Bilbao.
Liga Juara-Juara: Manchester City ke separuh akhir biarpun terikat dengan Atletico Madrid
Jaringan tunggal Kevin De Bruyne dalam perlawanan pertama minggu lalu memberikan pasukan bimbingan Pep Guardiola itu kelebihan tipis.
Simeone dibaling objek penyokong Manchester United
Sebaik wisel penamat ditiup, Simeone bergegas pergi tanpa berjabat tangan dengan Ralf Rangnick.