awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Azizulhasni lakar sejarah lengkapkan tiga misi

Bernama
Bernama
30/08/2017
00:02 MYT
Azizulhasni lakar sejarah lengkapkan tiga misi
Mohd Azizulhasni Awang melakarkan sejarah apabila menjadi individu yang melengkapkan sasaran negara dan skuad berbasikal negara dalam pemburuan pingat emas di temasya Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur (KL2017). -Bernama
Juara Keirin Dunia 2017 Mohd Azizulhasni Awang melakarkan sejarah apabila menjadi individu yang melengkapkan sasaran negara dan skuad berbasikal negara dalam pemburuan pingat emas di temasya Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur (KL2017).
Pada Isnin, pemenang pingat gangsa Olimpik Rio 2016 itu melengkapkan misi kutipan pingat emas negara sebanyak 111, menerusi acara pecut lelaki individu.
Namun semalam, menerusi kemenangan beliau dalam acara keirin lelaki melengkapkan sasaran keseluruhan 13 emas skuad berbasikal negara dan sasaran 11 emas di dalam acara berbasikal trek.
Mengulas mengenai perkara itu, anak kelahiran Dungun, Terengganu itu berkata ia adalah rezeki dan tuah kepada dirinya kerana dapat membantu negara dan skuad melengkapkan sasaran.
"Yang pada Isnin jadi pingat emas 111 memang saya tak sangka...ada orang cakap benda ini orang aturkan tapi bagi saya ini memang rezeki Allah dan saya bersyukur. Bagi setengah orang nombor seperti itu tak ada maksud, tapi bagi saya macam sangat bertuah dapat pingat," katanya.
"Harapnya itu satu tuah untuk karier saya dan sekarang apa yang saya fikirkan satu je untuk Olimpik Tokyo untuk membawa pulang emas," katanya kepada pemberita di sini, pada Selasa.
Dalam pada itu, Azizulhasni berkata Sukan SEA kali ini merupakan sukan yang sangat beremosi bagi dirinya memandangkan temasya dwitahunan itu merupakan penampilan terakhirnya bagi memberi laluan kepada pelapis, apatah lagi ia dilangsungkan di negara sendiri.
"Terima kasih kepada semua yang hadir memberi sokongan kepada kami semua dan saya menghargainya," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Azizulhasni Awang
#BangkitBersama
#keirin
#KL2017
#pingat emas
#Sukan SEA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan