awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lapangan terbang Moscow ditutup akibat ancaman dron Ukraine
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
AS tidak akan mentadbir Venezuela, tetapi akan beri tekanan perubahan melalui sekatan minyak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Azizulhasni muncul Raja Pecut Asia, raih emas di Korea Selatan

Bernama
Bernama
21/10/2019
07:28 MYT
Azizulhasni muncul Raja Pecut Asia, raih emas di Korea Selatan
Mohd Azizulhasni Awang membuktikan beliau berada dalam kelas tersendiri apabila muncul sebagai Raja Pecut Asia hari ini. - Gambar fail
Jaguh berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang membuktikan beliau berada dalam kelas tersendiri apabila muncul sebagai Raja Pecut Asia hari ini.
Beliau meraih pingat emas acara pecut lelaki individu di Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2020 yang berlangsung di Korea Selatan pada 17 hingga 21 Oktober.
Dalam aksi penentuan pingat emas yang berlangsung di Velodrom Pusat Latihan Kebangsaan Jingcheon hari ini, pelumba berusia 31 tahun itu menewaskan pelumba Jepun, Yuta Wakimoto 2-1.
The Pocket Rocketman yang tewas pada pusingan pertama, kembali bangkit memenangi pusingan kedua untuk mengheret perlumbaan kepada pusingan penentuan.
View this post on Instagram
・・・ Syukur Alhamdulillah . My 10th Asian Titles . Terima Kasih Isteri dan anak-anak tersayang @tyailyana , Amna Maryam, Amna Khadeeja. Ibu bapa dan keluarga mertua juga seluruh ahli keluarga. Terima kasih juga kepada semua penyokong yang sentiasa mendoakan kejayaan saya. . Tidak lupa juga kepada penaja-penaja rasmi saya iaitu . Cimb @cimbmalaysia AirAsia @airasia Daikin @daikinmalaysia . serta penaja-penaja lain yang sentiasa memberikan kepercayaan dan sokongan penuh kepada saya. . Kalau anda inginkan karangan tentang perlumbaan harini, taip NAK di ruangan komen. Terima Kasih. . . #teamazizul #azizulawang #teamcimb #cimb #forward #airasia #daretodream #allstars #daikin #daikinmy #daikinmalaysia #tumi #tumiglobalcitizens #nike #nikemy #oakley #oakleymy #ogk #ogkkabuto #wattbike
A post shared by Azizul | Awang (@azizulhasniawang) on
Oct 21, 2019 at 12:45am PDT
Sebaik loceng berbunyi, pelumba kelahiran Dungun, Terengganu yang dikawal rapi oleh Wakimoto, melakukan kayuhan sekuat tenaga sekali gus meninggalkan pelumba Jepun di tempat kedua.
Terdahulu, Azizulhasni merekod masa 9.977 saat, iaitu keempat terpantas pada pusingan kelayakan.
Azizulhasni sebelum itu menyumbang pingat perak buat kem negara dalam acara keirin lelaki individu pada Jumaat.
Seorang lagi pelumba negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom terlepas pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada pelumba Jepun Tomohiro Fukaya dalam aksi penentuan pingat gangsa.
Muhammad Shah Firdaus menduduki tempat keenam selepas merekod masa 10.159 saat.
Dalam kategori junior pula, pelumba negara Ahmad Safwan Ahmad Nazeri terlepas pingat gangsa acara pecut individu apabila tewas 0-2 kepada pelumba India Rojit Singh Yanglem dalam aksi penentuan pingat gangsa.
Terdahulu, Ahmad Safwan meletakkan diri dalam kelompok lima terbaik selepas merekodkan masa 10.560 sat dalam pusingan kelayakan. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Azizulhasni Awang
#Kejohanan Berbasikal Trek Asia 2020
#Korea Selatan
#Raja Pecut Asia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan