Pelumba basikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang hari ini memberikan penjelasan terhadap beberapa kekeliruan berhubung usahanya melayakkan diri menyertai acara keirin dan pecut pada kejohanan Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Pelumba berusia 30 tahun itu, menerusi akaun Instagramnya @azizulawangofficial, melahirkan rasa kecewa terhadap kenyataan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF) Datuk Abu Samah Abdul Wahab dan artikel yang ditulis seorang wartawan sukan sebuah akhbar tempatan bertajuk, 'Azizulhasni sukar ke Olimpik 2020' yang disiarkan pada 5 Ogos.
Beliau berkata beliau sedia maklum bahawa untuk perlumbaan trek, kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 adalah berdasarkan kedudukan lapan teratas bagi pasukan pecut negara.
"Negara itu akan mendapat dua tempat bagi kedua-dua acara keirin dan pecut... negara yang tidak mempunyai pasukan pecut yang kuat boleh melayakkan diri menerusi kelayakan individu di mana tujuh negara berikutnya (selain daripada lapan pasukan pecut teratas) akan mendapat satu tempat masing-masing bagi kedua-dua acara tersebut.
"Kelayakan individu (di luar kelayakan pasukan pecut) akan melayakkan mereka mendapat tujuh tempat untuk acara pecut dan tujuh tempat bagi acara keirin. Jika anda mendapat tempat bagi acara keirin, anda secara automatik juga akan mendapat tempat untuk acara pecut dan begitulah sebaliknya.
"Keseluruhannya terdapat 30 tempat untuk acara keirin dan pecut di mana 14 tempat adalah dari individu dan 16 tempat dari pasukan pecut," kata Azizulhasni dalam catatan Instagram beliau.
Azizulhasni kurang gembira apabila Abu Samah memberitahu sebuah akhbar tempatan baru-baru ini, bahawa peluang beliau untuk mendapat tempat dan melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 adalah sukar sekiranya syarat kelayakan mengambil kira kedudukan ranking dunia, di mana mata yang dikutip oleh Azizulhasni jauh tertinggal di belakang.
"Jadi kepada penulis berkenaan dan presiden itu, jika kita keluarkan negara-negara yang pasukan pecutnya kuat seperti New Zealand, Belanda, Rusia, Great Britain, Jerman dan Australia, peluang saya dan Shah Firdaus untuk layak ke Olimpik Tokyo 2020 bukan sahaja boleh dicapai bahkan kemungkinan besar akan dicapai.
"Ini berdasarkan pencapaian semasa kami (perlumbaaan dan masa) dan prestasi kami yang konsisten dalam pertandingan," tambah Azizulhasni.
Pelumba kelahiran Dungun itu berkata beliau secara peribadi telah menghubungi Abu Samah pada 8.58 malam semalam, untuk menjelaskan kepada beliau mengenai perkara itu.
Azizulhasni berkata beliau terkejut apabila Abu Samah memberitahunya dalam perbualan telefon itu mengenai usaha MNCF untuk mencari dana dan penajaan bagi penganjuran sekurang-kurangnya tiga perlumbaan Grand Prix di Velodrom Nasional Malaysia Nilai untuk membantu Azizulhasni melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.
"Ini selepas propaganda disiarkan di akhbar. Saya faham bahawa tujuan utamanya di sini adalah MNCF perlu mencari dana untuk membiayai sesuatu pertandingan anjurannya tetapi kenapa mengelirukan orang ramai dengan maklumat yang tidak benar? Kenapa jadikan saya sebagai alat untuk mendapatkan wang? Buruk benar perangai anda.
"(Kepada) Kedua-dua penulis dan presiden berkenaan, anda semua tahu di mana hendak menghubungi saya dan jurulatih saya 24/7 (24 jam sehari setiap hari) dan kami sentiasa bersedia untuk membantu anda tetapi malangnya anda memilih untuk tidak dibantu...
"Kita semua tahu MNCF kini kekeringan dana selepas Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menghentikan pemberian peruntukan. Hentikanlah segala kekarutan ini," kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 09 2018
AZIZULHASNI: Hentikanlah segala kekarutan ini
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah, tegaskan sekali lagi tidak terima gaji
Anwar berkata beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri.
Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7650/7710 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 ketika ditutup pada Khamis.
[TERKINI] Elaun masuk akaun bank tapi saya tak mahu - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, beliau memulangkan semula elaun diterimanya sebagai Pengerusi Khazanah Nasional Berhad.
Usia Persaraan: KWSP disaran sediakan pinjaman untuk akaun 1 penyimpang
KWSP disaran untuk lebih kreatif bagi membantu penyimpan capai jumlah ideal untuk zaman persaraan, iaitu sekitar RM240,000.
Penganalisis Ekonomi Dr Barjoyai Bardai mencadangkan KWSP pertimbang beri pinjaman untuk akaun 1, dengan syarat ia tidak boleh diganggu.
#AWANI745
Penganalisis Ekonomi Dr Barjoyai Bardai mencadangkan KWSP pertimbang beri pinjaman untuk akaun 1, dengan syarat ia tidak boleh diganggu.
#AWANI745
MoF tiada rekod surat kelulusan Najib
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu, Kementerian Kewangan tidak mempunyai pengetahuan mengenai dua surat kelulusan yang ditandatangani oleh Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Menteri Kewangan.
#AWANI745
#AWANI745
Kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
Kes saman yang difailkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, selesai secara baik di Mahkamah Tinggi hari ini.
AWANI Borneo [26/04/2024] - Permintaan terkahir Joanna | Cakna kepentingan pertahanan | Jangan takut ugutan
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Nickyson Nyambar;
#AWANIBorneo 26 April 2024
Suami mendiang Joanna dedah hasrat isteri untuk Gawai ini
Sarawak berpotensi jadi pemain industri pertahanan negara
Jangan berdiam, Armizan minta pemilik syarikat minyak lapor jika terima ugutan
#AWANInews
#AWANIBorneo 26 April 2024
Suami mendiang Joanna dedah hasrat isteri untuk Gawai ini
Sarawak berpotensi jadi pemain industri pertahanan negara
Jangan berdiam, Armizan minta pemilik syarikat minyak lapor jika terima ugutan
#AWANInews
Gelombang haba bawa derita baharu, risiko penyakit ke Gaza
Peningkatan suhu melampau luar jangka di seluruh Gaza menambah derita yang dihadapi warga Palestin setiap hari di semenanjung itu.
Tarikh akhir pengemukaan Borang E dan CP8D dilanjutkan hingga 31 Mei
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hari ini memaklumkan tarikh akhir pengemukaan Borang E dan C.P.8D dilanjutkan hingga 31 Mei ini.
Freedom Flotilla to Gaza: AS terus beri tekanan kepada Turki
AS yang merupakan rakan sekutu Israel dilaporkan terus memberi tekanan yang hebat kepada Turki untuk tidak memberi kebenaran pelayaran misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza.
Atlet perlu bersedia jika Malaysia anjur Sukan Komanwel 2026 - Nicol
Sama ada Malaysia menganjurkan temasya itu atau tidak, atlet negara di bawah program pembangunan dan latihan MSN sentiasa menjalani latihan.
Hadiah kereta menanti pemenang pingat Sukan Olimpik di Paris - Hannah
Jawatankuasa Road To Gold (RTG) telah menerima tawaran daripada sebuah syarikat kereta yang berminat memberi ganjaran kepada atlet negara.
Tiada campur tangan, 'entiti' atau kemelut dalaman - Hannah
Komunikasi antara atlet, jurulatih dan Persekutuan Renang Malaysia (MAS) perlu dipertingkatkan bagi mengelak isu kegagalan di Doha berulang.
Khairulnizam masih ada peluang terakhir ke Olimpik Paris 2024
Satu peluang terakhir untuk layak ke Paris 2024 apabila bertanding di Last Chance Regatta di Hyeres, Perancis April ini.
Nasihat Shalin pada atlet negara, jangan cepat selesa, pastikan imbuhan diterima selari pencapaian
Atlet negara juga dinasihatkan perlu ada mentaliti pantang menyerah kalah seperti atlet era terdahulu.
Mod 'gear lima' buru tiket Olimpik
Nazifuddin berkata, mereka mempunyai tempoh sehingga April untuk 'pecut' mendapatkan slot ke temasya terbesar dunia tersebut.
Lapan atlet negara layak ke Piala Dunia Wushu 2024
Lapan atlet negara yang berentap di Kejohanan Wushu Dunia 2023 minggu lepas layak untuk membawa cabaran negara ke Piala Dunia Wushu 2024 di Jepun, Nov depan.
Ariana Nur Dania layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Ariana Nur Dania mempamerkan aksi membanggakan dengan berjaya mara ke pentas final Kejohanan Benua Asia di Bangkok, Thailand hari ini.
Pencapaian di Hangzhou bagi bayangan emas untuk Sukan Paralimpik Paris
Atlet negara di Sukan Para Asia 2022 Hangzhou sekali lagi membuktikan kehebatan mereka apabila terus mengekalkan rentak cemerlang mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.
Nasib atlet RTG Selasa ini - Hannah
Persoalan mengenai nasib atlet yang tersenarai dalam program Road To Gold (RTG) bakal terjawab dalam mesyuarat jawatankuasa penilaian program tersebut Selasa ini.