Jaguh berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang mengakui tidak terkesan dengan kekalahannya kepada pelumba Taiwan, Kang Shih Feng dalam acara keirin di Kejohanan Berbasikal Trek Grand Prix Asia Tenggara 2019 di Velodrom Nasional, di sini, pada Jumaat.
Malah bekas juara dunia itu akur dengan pingat perak yang diraihnya dan menjelaskan perlumbaan pada Jumaat adalah sebagai sebahagian daripada latihan serta persiapan sebelum ke Piala Dunia.
"Bagi saya tiada apa (kerisauan) sebab semalam (Khamis) acara pecut untuk mengumpul mata ke Piala Dunia. Jadi sebab itu saya datang untuk keirin hari ini sebagai persediaan dan juga latihan sahaja," katanya ketika ditemui pemberita di sini.
Azizulhasni atau lebih mesra dengan gelaran 'The Pocket Rocketman' bagaimanapun tetap mengakui pusingan akhir itu berlangsung sengit dan terpaksa akur apabila pelumba Taiwan itu mampu mencuri peluang.
"Saya ingat tiada orang di belakang saya sampai separuh pusingan, baru saya dapat rasa ada orang hendak potong. Saya ingat itu rakan sepasukan Shariz Efendi, tapi bila orang itu sudah di sebelah dan saya intai tengok, dia pelumba dari Taiwan.
"Saya sudah tidak sempat hendak kejar kelajuannya sehingga dia boleh memintas saya dan akhirnya saya di tempat kedua," katanya.
Dalam kategori wanita pula menyaksikan pelumba muda meningkat naik, Anis Amira Rosidi menyumbang pingat perak manakala nasib tidak menyebelahi pelumba senior Fatehah Mustapa yang gagal menempatkan diri ke pusingan akhir dan sekadar menduduki tempat kelapan.
Pelumba Indonesia, Crismonita Dwi Putri berjaya meraih emas di acara utamanya itu, manakala tempat ketiga disandang Yeung Cho Yiu dari Hong Kong.
Sementara itu, ketua jurulatih skuad berbasikal trek kebangsaan John Beasley, berpuas hati dengan prestasi yang dipamerkan anak buahnya di kejohanan berkenaan.
"Saya gembira dengan Azizulhasni, Muhammad Fadhil dan Mohamad Shariz Efendi kerana layak ke final. Kami mahu menang tetapi hari ini bukan harinya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 23 2019
Azizulhasni (kanan) ketika bersaing bersama Kang dalam acara akhir Mens Elite keirin pada Kejohanan berbasikal trek GP Asia Tenggara 2019 di Velodrom Nasional Malaysia, Nilai, 23 Ogos, 2019. --fotoBERNAMA
ESSCOM laksana tugas cemerlang bendung ancaman - Kaunselor EU
Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) telah melaksanakan tugas dengan cemerlang dalam membendung pelbagai ancaman di Zon Selamat Pantai Timur Sabah (ESS ZONE).
APMM rampas minuman beralkohol, bot, enjin bernilai RM472,000
APMM Labuan merampas minuman beralkohol pelbagai jenama, sebuah bot fiber, dan tiga enjin dianggarkan bernilai lebih RM472,000 yang disyaki terlibat dalam aktiviti penyeludupan.
Kefahaman orang ramai terhadap harta intelek masih rendah - Fuziah
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup komited meningkatkan kefahaman orang ramai yang masih rendah terhadap harta intelek, kata Timbalan Menterinya Fuziah Salleh.
MITI perkenal slogan baharu: Fokus diperbaharui pacu pelaburan, perdagangan, industri
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah memperkenalkan slogan baharu "Pemacu Potensi Global" yang mencerminkan fokusnya yang diperbaharui.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya bungkusan berisi komputer riba
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom hari ini.
Ziana Zain giat bersenam di gimnasium, persiap diri untuk konsert solo bulan depan
Ziana Zain mahu memastikan beliau mampu memberikan yang terbaik apabila impiannya itu bakal menjadi kenyataan bulan depan.
AWANI 7:45 [25/04/2024] - Akaun KWSP distruktur semula | Pensyarah pro-Israel | Suspek tembak di KLIA didakwa | Astro Radio kekal nombor 1!
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Cynthia Ng;
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
Agihan 10% akaun tiga, pencarum boleh keluar bila-bila masa
Serangan di KLIA, Hafizul didakwa cuba bunuh isteri
SPRM sahkan Tun Mahathir disiasat isu isytihar harta
Era, Sinar, Gegar jejak dominasi saluran radio Melayu
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv.
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
Agihan 10% akaun tiga, pencarum boleh keluar bila-bila masa
Serangan di KLIA, Hafizul didakwa cuba bunuh isteri
SPRM sahkan Tun Mahathir disiasat isu isytihar harta
Era, Sinar, Gegar jejak dominasi saluran radio Melayu
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv.
AWANI Ringkas: SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM
AWANI Ringkas
Pasaran getah ditutup rendah bagi hari keempat berturut-turut
Pada 5 petang, harga rujukan bagi getah fizikal LGM untuk GMM 20 adalah 754 sen sekilogram manakala susu getah pukal ialah 700.5 sen sekilogram.
Azizulhasni tidak tertekan gagal raih emas acara keirin
Bekas juara dunia itu akur dengan pingat perak yang diraihnya dan menjelaskan perlumbaan pada Jumaat adalah sebagai sebahagian daripada latihan.