Tutup

Berita  | Sukan

Badan sukan perlu kekal bebas, elak kebergantungan pada kerajaan - Steven Sim

Badan sukan perlu kekal bebas, elak kebergantungan pada kerajaan - Steven Sim
SIM: Trend kebergantungan badan sukan terhadap bantuan kerajaan adalah tidak sihat. -Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Badan sukan perlu bebas daripada kebergantungan kepada dana kerajaan untuk menjamin profesionalisme badan-badan sukan sebagai organisasi bebas.

Timbalan Menteri Belia Dan Sukan Steven Sim berkata trend kebergantungan badan sukan terhadap bantuan kerajaan adalah tidak sihat memandangkan ia seharusnya berperanan sebagai badan bukan kerajaan (NGO).
“Jika badan sukan terlalu bergantung kepada dana kerajaan maka profesionalisme badan-badan ini sebagai NGO mungkin akan terjejas,” jelas Sim yang juga Ahli Parlimen Bukit Mertajam itu.

“Mereka mungkin ikut telunjuk kerajaan jika terlalu bergantung kepada sumber kerajaan,” katanya dalam rancangan Mat Luthfi @ Astro AWANI pada Sabtu.
Beliau juga meminta badan-badan sukan melaksanakan reformasi bagi menarik lebih banyak tajaan.

“Reformasi antaranya daripada segi tadbir urus dan ketelusan penting untuk mendapatkan lebih banyak dana daripada pihak swasta.”











 


Tag: KBS, steven sim, dap, sukan, syed saddiq, pemuda, belia, NGO, FAM, bola sepak, Persatuan Bola Sepak Malaysia, sultan abdullah, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Tunku Ismail Sultan Ibrahim



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.