Peluang atlet angkat berat negara untuk beraksi pada Sukan Olimpik Tokyo 'tertutup rapat' apabila Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa (IWF) tidak membenarkan wakil Malaysia mengambil bahagian di temasya sukan berkenaan.
Menurut laman web rasmi IWF, www.iwf.net, selain Malaysia, atlet angkat berat Thailand turut menerima nasib sama ekoran kedua-dua negara mencatat jumlah kes doping yang banyak, tanpa mengira sebarang perubahan tarikh temasya sukan itu.
Sukan Olimpik Tokyo yang dijadual berlangsung pada Julai depan ditangguhkan selama setahun susulan wabak COVID-19, dan akan diadakan pada 23 Julai hingga 8 Ogos, 2021
Sementara itu, Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM), Datuk Ayub Rahmat, dalam satu kenyataan berhubung isu tersebut, berkata PABM akan mengkaji sama ada akan membuat rayuan atau tidak berdasarkan implikasi terhadap keputusan, kewangan dan masa persatuan berkenaan.
"Keputusan IWF adalah tertakluk kepada kejohanan dan aktiviti IWF di peringkat antarabangsa. Berdasarkan keputusan IWF, kejohanan dalaman, kebangsaan dan Sukan Malaysia (Sukma) 2020 adalah berjalan seperti dirancang," katanya.
Menjelaskan keputusan yang dikeluarkan IWF itu, Ayub berkata Malaysia telah menjalani satu Pendengaran dan Siasatan Dalam oleh Jawatankuasa Panel Bebas yang dilantik IWF pada 6 Mac melalui aplikasi Skype.
Malaysia seterusnya menerima keputusan oleh IWF yang dianggotai Richard Young dari Amerika Syarikat bersama lima panel lain, pada Rabu lalu.
IWF menetapkan bahawa PABM digantung daripada menyertai sebarang aktiviti IWF selama setahun bermula 1 April 2020 hingga 1 April 2021, selain semua atlet angkat berat Malaysia tidak dibenarkan untuk menyertai Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Keputusan itu juga turut tidak membenarkan atlet Malaysia menyertai sebarang kejohanan dan program anjuran IWF selama lima bulan sehingga 1 Sept 2020.
Penggantungan selama lima bulan itu adalah disebabkan sebelum ini PABM telah menggantung atlet Malaysia daripada menyertai sebarang kejohanan IWF selama setahun bermula 31 Mei 2018 hingga 1 Mei 2019.
Sebelum ini, PABM didenda sebanyak US$25,600 (RM111,552) pada tahun lalu berkaitan isu doping empat atlet negara namun Malaysia telah menjelaskan denda tersebut pada September 2019.
Mohd Hafifi Mansor merupakan wakil tunggal negara dalam acara angkat berat pada temasya Sukan Olimpik Rio 2016.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 05 2020
PABM digantung daripada menyertai sebarang aktiviti IWF selama setahun bermula 1 April 2020 hingga 1 April 2021, selain semua atlet angkat berat Malaysia tidak dibenarkan untuk menyertai Sukan Olimpik Tokyo 2020. - Gambar hiasan
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
PABM teliti penggunaan suplemen buat Aniq Kasdan
Dalam aspek ini, Institut Sukan Negara perlu meneliti penggunaan suplemen yang mungkin boleh memberi tenaga dan kekuatan kepada atlet ini.
Mohamad Aniq buru ranking keempat kelayakan Olimpik Paris
Badang negara berkata untuk merealisasikan misi itu, beliau perlu membuat angkatan keseluruhan sebanyak 305 kg di Piala Dunia 2024 di Phuket, Thailand pada April depan.
Sukan Para Asia: Angkatan emas untuk abang Bryan - Bonnie
Malaysia raih emas kelima menerusi atlet powerlifting Bonnie Bunyau Gustin dalam acara 72 kilogram.
Keputusan Aniq dan Aznil masuk RTG diketahui selepas mesyuarat - Hannah
Hannah berkata, buat masa ini, beliau tidak boleh umum sebarang keputusan melibatkan program itu yang dipengerusikan bersama Presiden MOM.
Angkat berat boleh buat wanita jadi 'sado'? Fakta atau fiksyen?
Ramai wanita enggan melakukan senaman angkat berat kerana beranggapan tubuh mereka akan menjadi berotot dan hilang bentuk badan feminin.
Cipta rekod Malaysia senaman kardio, angkat berat 12 jam tanpa henti
Dr K Jey Prabakaran Thevar, 26, mencatatkan rekod tersebut pada 23 Julai lalu dengan menggunakan lebih 20 peralatan seperti treadmill, dumbbell dan barbell.
Melaka harap KBS lulus cadangan bina gimnasium angkat berat di Nyalas
Atlet negeri ini menggunakan Dewan Japerun Asahan sebagai pusat latihan kerana ketiadaan tempat untuk berlatih.
Sukan SEA: Nur Syazwani tebus kecewa kem angkat berat
Atlet muda, Nur Syazwani Radzi menghadiahkan pingat gangsa itu dalam kategori 64 kilogram (kg) wanita pada hari terakhir acara angkat berat.
Jurulatih yakin skuad Badang ke Sukan SEA, kelayakan Olimpik bebas doping
Jurulatih angkat berat kebangsaan Yon Haryono berkata skuad yang akan membawa cabaran negara menjalani ujian doping setiap bulan.
Aznil, Aniq sandaran skuad angkat berat ke Paris
PABM mempersiapkan kedua-dua atlet yang akan bersaing dalam kategori 61 kilogram untuk mengumpul sebanyak mungkin mata.