Pemegang rekod acara 100 meter baharu negara, Badrul Hisyam Manap berpotensi untuk menjadi raja pecut peringkat dunia jika diberi peluang berlatih dan bertanding di luar negara.
Pemegang lama rekod acara pecut negara dengan catatan 10.30 saat, Watson Nyambek berkata catatan masa 10.29 saat pelari berumur 18 tahun kelahiran Melaka pada Sukan Sekolah ASEAN di Bandar Seri Bagawan semalam merupakan pencapaian luar biasa pada usianya.
"Saya mengucapkan tahniah kepada beliau kerana berjaya mencipta rekod baharu 100 meter. Dia boleh pergi lebih jauh dan saya percaya beliau boleh berlari dalam catatan masa kelas dunia di bawah 10 saat, mungkin menyamai rekod Olimpik atau dunia jika mendapat latihan yang betul," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Watson yang mencatat rekod acara perut negara pada 1998 berkata Badrul memerlukan latihan yang baik, selain makanan supplemen yang baik untuk tubuh badannya serta jurulatih yang memahami sains sukan acara pecut.
Beliau berkata pencapaian pelari muda itu akan merangsang acara balapan pada Sukan Malaysia (Sukma) tahun depan yang diadakan di Sarawak.
"Pencapaian beliau akan menarik lebih ramai penonton dan menjadi cabaran kepada atlet-atlet muda yang sedang meningkat di negara ini," jelasnya.
Menurut Watson, 39, beliau bertemu Badrul pertama kali di Sibu pada September lalu dalam satu acara sukan dan memuji sikap rendah diri atlet remaja itu.
Beliau yang kini jurulatih atlet-atlet muda Flying Dayak Club yang ditubuhkan September lalu turut merayu kepada kerajaan negeri memberikan pengiktirafan lebih baik kepada atlet kelahiran Sarawak yang cemerlang di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
"Malah saya sendiri tidak diberi pengiktirafan oleh kerajaan negeri selepas bersara, saya kecewa sehingga hari ini," katanya.
Beliau menegaskan jika arah aliran itu berterusan, pembangunan sukan di negeri ini tidak akan mencapai kemajuan kerana kerajaan negeri enggan menjaga kebajikan para atlet dan bekas atlet.
Bernama
Tue Nov 24 2015
Badrul Hisyam meleburkan rekod acara 100m yang dipegang Watson Nyambek selama 17 tahun, pada hari pertama Kejohanan Sukan Sekolah ASEAN di Brunei semalam.
Kanak-kanak Malaysia tidak cukup belajar di sekolah - Laporan Bank Dunia
Hanya 58 peratus pelajar di Malaysia didapati mahir membaca menjelang akhir Darjah 5.
Protes di universiti AS tidak tunjuk tanda perlahan
Dalam dua minggu lalu, protes pro-Palestin telah merebak ke kampus kolej utama di seluruh AS.
37 juta tan serpihan runtuhan di Gaza - UNMAS
Terdapat juga sejumlah besar senjata api yang tidak meletup tertimbus di dalam runtuhan yang menimbulkan risiko kepada kerja pembersihan.
Legenda EPL puji padang SNBJ
Pemain Manchester Reds dan Liverpool Reds memuji keadaan rumput yang cantik dan bersedia untuk kembali beraksi pada masa akan datang.
Mesyuarat Khas WEF: Dunia saling tidak percaya akibat kebergantungan dipersenjatakan - Naib Presiden Suruhanjaya Eropah
Fenomena hilang kepercayaan yang melanda komuniti antarabangsa ketika ini adalah akibat kebergantungan yang dipersenjatakan oleh beberapa pihak.
Che'gu Bard tiba di mahkamah bagi hadapi pertuduhan kes fitnah, hasut
Badrul Hisham, yang memakai baju Melayu berwarna hijau, dibawa oleh pihak polis ke mahkamah dalam keadaan bergari.
WCK sambung misi bantuan di Gaza
Operasi itu disambung sebulan selepas tujuh pekerja badan amal itu terbunuh dalam serangan udara Israel.
Mesyuarat Khas WEF: Dunia perlukan persaingan sihat dalam transisi ke Orde Baharu - Menteri Luar Arab Saudi
Dunia memerlukan persaingan sihat dalam transisi daripada Orde Dunia Lama kepada Orde Baharu.
Niaga AWANI: Jiwa SME: Permintaan daun moringa meningkat, jadi tumpuan luar negara
Berdasarkan laporan Vodus Market Research, sebuah firma penyelidikan dan analisis data pasaran dalam talian, kira-kira 71 peratus penduduk di negara ini mengambil suplemen pada 2021.
Nilai pasaran suplemen negara juga menunjukkan peningkatan ketara dalam tempoh 2014 hingga 2019, iaitu daripada RM2.07 bilion kepada RM3.1 bilion. Angka itu dijangka terus meningkat pada masa akan datang.
Nilai pasaran suplemen negara juga menunjukkan peningkatan ketara dalam tempoh 2014 hingga 2019, iaitu daripada RM2.07 bilion kepada RM3.1 bilion. Angka itu dijangka terus meningkat pada masa akan datang.
Niaga AWANI: FBM KLCI mencapai paras tertinggi walaupun ditengah cabaran Ringgit
Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI meningkat sebanyak 8.28% walaupun nilai matawang menurun sebanyak 3.79% berbanding dollar Amerika Syarikat (AS). Adakah trend ini akan berterusan sehingga bulan Mei akan datang? Kupasan lanjut bersama Ketua Penyelidikan dan Penasihat Kekayaan, Pengurus Portfolio, UOB Kay Hian Wealth Advisors, Mohd Sedek Jantan.
Badrul mampu muncul raja pecut dunia - Watson Nyambek
Badrul Hisyam Manap harus diberi peluang berlatih dan bertanding di luar negara untuk menjadi raja pecut peringkat dunia, kata Watson Nyambek.
Remaja 18 tahun lebur rekod Watson Nyambek
Badrul Hisham Abdul Manap meleburkan rekod kebangsaan dalam acara 100m yang dipegang bekas pelari pecut negara, Watson Nyambek selama 17 tahun, pada hari pertama Kejohanan Sukan Sekolah ASEAN.