Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menyelar kenyataan Datuk Seri Zolkples Embong yang dianggap sebagai tidak bertanggungjawab dan tidak adil kepada pemenang pingat emas acara badminton Sukan SEA Filipina yang rata-ratanya berusia 21 tahun.
BAM berasa kesal dan sedih kerana kenyataan bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) menerusi 'Surat Terbuka Kepada Menteri Belia dan Sukan' itu yang mengatakan bahawa pemain negara 'bernasib baik' kerana pemain terbaik Indonesia dan Thailand tidak menyertai acara individu.
"BAM turut melahirkan rasa kesal dan sedih terhadap kenyataan menyentuh prestasi skuad badminton kebangsaan di Sukan SEA. BAM menegaskan kenyataan Zolkples itu sama sekali tidak akan membantu situasi, sebaliknya menjatuhkan semangat para pemain," menurut BAM dalam satu kenyataan media pada Jumaat.
Sebagai bekas Setiausaha Kehormat BAM, Zolkples pastinya menyedari bahawa ketiadaan pemain-pemain 'ternama' yang bertanding di temasya sukan dwitahunan itu juga adalah keputusan persatuan badminton negara Asia Tenggara dan di luar bidang kuasa BAM.
"Pingat emas yang telah dimenangi oleh wira-wira muda ini tidak harus diperlekehkan. Beliau seharusnya melihat dari perspektif yang lebih positif, di mana pada usia yang muda, pemain ini telah berjaya mengharumkan nama negara.
BACA: Presiden BAM nafi pemain muda 'bernasib baik' di Filipina
"Mereka memerlukan sokongan serta galakan dari semua pihak untuk melangkah lebih jauh lagi," jelas BAM menjawab dakwaan Zolkples mengenai kemampuan pemain muda negara meraih emas sekiranya pemain terbaik rantau Asia Tenggara seperti Anthony Ginting, Jonathan Kristie, Inthanon Ratchanok, Gideon/Sukamulyo dan Ahsan/Setiawan menyertai temasya kali ini.
Menerusi surat terbuka itu Zolkples berkata: "Sukan badminton pula tidak boleh berbangga dengan tiga pingat emas dimenangi. Ini kerana pemain-pemain kita bernasib baik kerana pemain-pemain terbaik dari Indonesia dan Thailand tidak menyertai acara individu.
Pada Sukan SEA Filipina yang berakhir pada 11 Dis, skuad badminton menghadiahkan tiga pingat emas kepada kontinjen negara melalui Lee Zii Jia (perseorangan lelaki), S.Kisona (perseorangan wanita) dan gandingan Aaron Chia-Soh Wooi Yik (beregu lelaki).
Sementara itu, BAM berharap Zolkples yang berpengalaman luas dalam pembangunan sukan negara dapat bersikap positif dan memberikan sokongan dalam usaha untuk membentuk skuad kebangsaan yang mantap dibarisi pemain muda dan tidak menggunakan mereka sebagai bahan untuk meluahkan perasaan sakit hati beliau terhadap pihak tertentu.
Antara isi kandungan lain dalam 'Surat Terbuka kepada Menteri Belia dan Sukan', Zolkples melahirkan kerisauan Zolkples terhadap sasaran negara di Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun.
Beliau melahirkan rasa khuatir terhadap kontinjen negara yang akan pulang dengan tangan kosong seperti yang berlaku di Sydney 2000 dan Athens 2004, dimana Zolkples menganggap ia bukan satu perkara mustahil untuk berulang.
Zolkples juga mengulas mengenai prestasi atlet negara yang layak ke Sukan Olimpik terutamanya dari sukan badminton dan terjun yang menjadi sandaran pingat sebagai tenat dan tidak meyakinkan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 13 2019
BAM berharap Zolkples yang berpengalaman luas dalam pembangunan sukan negara dapat bersikap positif dan memberikan sokongan dalam usaha untuk membentuk skuad kebangsaan yang mantap.
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
Kekejaman zionis: Israel langgar undang-undang antarabangsa - Badan pemantau
Sebuah kumpulan pemerhati dan pemantau berkata, Israel telah melanggar undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia di Gaza.
[LAPOR LANGSUNG] Gaza Freedom Flotilla: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
MYIPO sedia jaringan perlindungan, ayuh daftar sekarang
Tahap kesedaran masyarakat terutama komuniti industri perniagaan tempatan dalam mendaftar harta intelek masih rendah. Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Kamal Kormin, pendaftaran dibuat melalui perbadanan ini membolehkan syarikat serta pemilik entiti perniagaan mendapat jaringan keselamatan terutama dari segi perlindungan hak cipta serta pelbagai faedah lain.
Anugerah Media Digital Asia 2024 iktiraf agensi berita gunakan strategi media digital
Ia menerima 136 penyertaan tahun ini daripada pelbagai agensi berita serta media di rantau Asia termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia.
Lapan mangsa tragedi selamat dikebumikan
Kesedihan ahli keluarga dan waris mengiringi perjalanan terakhir mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak di beberapa lokasi pengebumian di seluruh negara pada malam Rabu.
JKM bantu kaunseling keluarga mangsa nahas helikopter Lumut
Salbiah berkata pihak JKM telah melawat tiga keluarga mangsa dari Perak iaitu di Selama, Lekir dan Sitiawan.
Freedom Flotilla to Gaza: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
Kem badminton perlu main peranan masing-masing untuk julang Piala Thomas
Semangat kerjasama ditunjukkan kem badminton ketika itu merupakan kunci kejayaan utama Malaysia berhasil menjulang piala itu, 32 tahun lepas.
Piala Thomas: Ganjaran BAM bakar semangat pemain - Wooi Yik
Wooi Yik berkata kejayaan itu hanya mampu dicapai sekiranya mereka sepakat untuk mempamerkan 'magis' bersama rakan-rakan lain dalam kejohanan berpasukan.
Badminton Masters Malaysia: Lee Zii Jia pilihan ke-8 kejohanan
Lee Zii Jia bakal menjadi pemain pilihan kelapan kejohanan Badminton Masters Malaysia dalam kategori perseorangan lelaki.
Lima pasukan jadi pilihan julang Piala Uber 2024
Koea Selatan boleh menjangkakan saingan sengit daripada kuasa besar seperti China, Jepun serta pasukan baru dalam saingan Piala Uber.
Bekas pemain nombor satu dunia, Kento Momota umum bersara
Juara dunia dua kali Kento Momota berkata dia akan bersara daripada badminton antarabangsa ketika usianya kini 29 tahun.
Rashid tak pernah terbayang Malaysia lalui kemarau panjang menang Piala Thomas
Tidak pernah terdetik dalam hati Datuk Rashid Sidek bahawa Malaysia akan melalui kemarau panjang untuk memenangi semula Piala Thomas.
Detik 100 hari ke Olimpik Paris, prospek negara masih samar
Genap 100 hari, atlet elit dari seluruh dunia dan ratusan ribu peminat sukan bakal berkumpul di Sungai Seine, Paris untuk upacara perasmian Sukan Olimpik 2024.
Pearly-Thinaah cari formula terbaik harungi Sukan Olimpik 2024
Pearly Tan-M Thinaah fokus mencari formula terbaik dalam usaha menampilkan persembahan luar biasa pada Olimpik Paris 2024.
Piala Uber: Tiada istilah mengalah buat Mei Xing
Pemain itu bagaimanapun mengakui sedikit terbeban dengan ketiadaan pasangan utama negara Pearly Tan-M Thinaah dalam kejohanan berkenaan.
Zii Jia bakal terima bayaran 'hak imej' untuk Piala Thomas
Team LZJ dalam satu kenyataan mengesahkan perkara itu dengan menyatakan hak imej adalah aspek penting bagi seorang atlet profesional.