Pemain perseorangan wanita berusia 15 tahun, Goh Jin Wei adalah antara lapan pemain yang dinamakan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk Program Podium yang diselia Institut Sukan Negara (ISN).
Manakala pemain lain yang turut tersenarai ialah Datuk Lee Chong Wei (perseorangan lelaki), Goh V Shem/Tan Wee Kiong (beregu lelaki), Vivian Hoo/Woon Khe Wei (beregu wanita) dan Chan Peng Soon/Goh Liu Ying (beregu campuran).
Kecuali Jin Wei, pemain lain adalah pemain tempatan terbaik dalam ranking kategori masing-masing.
Program Podium merupakan program penyediaan atlet elit yang merangkumi pemakanan, latihan, kemudahan, sains sukan dan kejurulatihan.
Pengarah Teknikal BAM, Morten Frost Hansen berkata ketika ini persatuan itu hanya mempunyai lapan pemain yang menepati kriteria program berkenaan yang diinspirasikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.
"Sudah tentu kami mahukan lebih ramai pemain dalam senarai itu tetapi ia perlu dengan keputusan baik daripada pemain itu sendiri.
"Setakat ini, tidak ramai yang memenuhi kriteria itu. Namun, sebaik ada pemain yang menepatinya, kami akan mencadangkan nama mereka dan berharap ia dapat diterima," kata Morten.
Sementara itu, Frost berkata BAM sedang cuba mengatur pertukaran latihan dengan negara lain dan kelab bagi memberikan lebih banyak pendedahan kepada pemain negara yang kini berlatih di Bukit Kiara.
Pemain perseorangan wanita, Lim Yin Fun dan Lim Chiew Sien berlepas ke Denmark pada 24 Ogos lepas untuk berlatih bersama kelab AB Aarhus serta bermain dalam satu kejohanan tempatan di sana.
Mereka kemudian akan beraksi di kejohanan di Belgium serta Poland, dan kembali menyambung latihan bersama AB Aarhus sebelum pulang ke Malaysia pada 3 Okt, kata Frost.
Selain mereka, pemain perseorangan lelaki, Iskandar Zulkarnain Zainuddin akan turut beraksi di kejohanan di Belgium dan Poland sebelum berlatih dua minggu dengan kelab sama di Denmark menjelang Terbuka Belanda pada 6 hingga 11 Okt dan Siri Antarabangsa Switzerland dari 15 hingga 18 Okt sebelum pulang ke Malaysia.
Beregu wanita, Chin Kak Mun/Cheah Yee See pula akan dihantar ke Hungary selama sebulan untuk menyertai Kejohanan Berpasukan Hungary serta Siri Antarabangsa Switzerland.
Astro Arena
Wed Sep 02 2015
Datuk Lee Chong Wei merupakan antara pemain yang turut tersenarai dalam lapan pemain yang dinamakan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk Program Podium. Foto BERNAMA
KKR, CIDB zahir hasrat hantar pekerja ke Nagasaki teroka kemahiran TVET
KKR menerusi agensinya Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berhasrat memulakan penghantaran pekerja ke Nagasaki, Jepun menjelang suku keempat tahun ini.
Piala Thomas: Leong Jun Hao lakar kebangkitan, pastikan kemenangan Malaysia!
Leong Jun Hao melakar kebangkitan memastikan Malaysia memperoleh kemenangan ke atas wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long.
1MDB: Prosiding Najib julung kali dibuat pada Sabtu
Perbicaraan pertama dibuat pada hujung minggu ini berlangsung tepat jam 8.30 pagi, selepas bekas Perdana Menteri itu dibawa pihak berkuasa dengan menaiki kenderaan dari Jabatan Penjara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan akan dibebani isu semasa - Muhyiddin
PRK ini bakal jadi referendum untuk rakyat suarakan pandangan yang disifatkan Muhyiddin sebagai perasaan tidak puas hati.
Pelajar PhD USIM ambil ujian di sebalik runtuhan di Gaza
Pelajar PhD USIM warga Palestin nekad menjalani Ujian Kelayakan yang dijalankan secara dalam talian pada Jumaat walaupun berdepan risiko dibom tentera Zionis pada bila-bila masa.
UMNO dan BN dokong calon PH demi Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Presiden UMNOsedar taktik pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan parti pimpinannya dengan parti komponen Pakatan Harapan itu.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Keempat-empat calon itu ialah Khairul Azhari Saut (PN), Pang Sock Tao (PH), Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia).
3 maut, 5 parah nahas dua pacuan empat roda
Tiga maut, lima parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang kira-kira jam 12.30 pagi tadi.
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Misi menamatkan kemarau Piala Thomas di Chengdu diteruskan
Menang besar atau balik, itu situasi menanti pasukan badminton lelaki negara yang berhasrat untuk mengukir nama mereka dalam sejarah.
Piala Thomas: Ganjaran BAM bakar semangat pemain - Wooi Yik
Wooi Yik berkata kejayaan itu hanya mampu dicapai sekiranya mereka sepakat untuk mempamerkan 'magis' bersama rakan-rakan lain dalam kejohanan berpasukan.
Badminton Masters Malaysia tetap dapat sambutan pemain terbaik dunia - BAM
Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2024 tetap mendapat sambutan dengan kehadiran nama besar dalam kelompok 10 terbaik dunia.
Pemain badminton negara pamer kekuatan mental menjelang Piala Thomas, Uber
Pemain negara mempamerkan tahap kekuatan mental dan psikologi yang mantap serta semangat juang tinggi menjelang saingan Piala Thomas dan Piala Uber pada 27 April hingga 5 Mei ini.
Isu pampasan: Patriotisme perlu atasi perkara lain
Menurutnya, keputusan BAM memperlihatkan betapa terdesaknya badan induk itu untuk mendapatkan khidmat pemain berkenaan.
Zii Jia sertai skuad negara ke Piala Thomas 2024
Selain Zii Jia, turut tersenarai pemain di ranking ke-18 Ng Tze Yong yang mendapat pelepasan sementara oleh pasukan perubatan untuk beraksi dalam kejohanan berpasukan berprestij itu.
Badminton: Tiket Masters Malaysia dijual mulai Isnin ini
BAM juga telah memperkenalkan kategori 'Platinum' untuk tiket harian dan bermusim dengan menggantikan kategori 'Superfan'.
Kesihatan Tze Yong jadi keutamaan BAM - Norza
Norza berkata, Tze Yong diberikan ruang untuk kembali pulih sepenuhnya terlebih dahulu.
Tze Yong alami kecederaan tulang belakang - BAM
BAM kini memantau tindak balas Tze Yong terhadap suntikan yang diberikan oleh pihak Institut Sukan Negara (ISN) pada minggu lepas.
BATC 2024: Norza puas hati komitmen pemain meskipun dihimpit isu kecederaan
Presiden BAM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berpuas hati dengan komitmen serta semangat juang yang tinggi dipamerkan pemain negara di Kejohanan Badminton Berpasukan Asia 2024.