awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BAM yakin Chong Wei sedia galas cabaran ke Olimpik 2020

Astro Awani
Astro Awani
04/12/2018
05:23 MYT
BAM yakin Chong Wei sedia galas cabaran ke Olimpik 2020
Chong Wei dijangka bersedia sepenuhnya untuk berdepan dengan kelayakan Sukan Olimpik 2020 yang dijadualkan bermula Mei depan. -Gambar fail
Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei dijangka bersedia sepenuhnya untuk berdepan dengan kelayakan Sukan Olimpik 2020 yang dijadualkan bermula Mei depan, lapor Bernama.
Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata secara peribadi beliau yakin Chong Wei mampu menggalas tugas itu apabila beliau dijadualkan kembali menjalani latihan di gelanggang Akademi Badminton Malaysia (ABM) dalam dua minggu lagi.
"Saya difahamkan Chong Wei ada berjumpa jurulatihnya, Hendrawan dan menyatakan hasratnya untuk kembali ke gelanggang secepat mungkin, namun beliau perlu mendapat kebenaran daripada doktornya terlebih dahulu.
"Buat masa sekarang, Chong Wei hanya melakukan latihan fizikal dan ada juga menjenguk pemain lain ketika sesi latihan.
"Bagi BAM, kita mahu biar beliau melalui proses pemulihan terlebih dahulu seperti saranan doktor," katanya kepada media selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Bas oleh Bank Rakyat kepada BAM di Menara Bank Rakyat, di sini, hari ini.
Sebelum ini, Chong Wei dilaporkan mengesan penyakitnya selepas kembali daripada Terbuka Indonesia dan melakukan pemeriksaan kesihatan di dua hospital pakar di ibu negara.
Doktor mengesahkan beliau menghidap kanser hidung tahap awal pada tahun ini dan dinasihatkan untuk ke Taiwan bagi mendapatkan pandangan kedua serta rawatan.
Beliau kembali ke Malaysia pada Oktober lalu selepas menjalani rawatan di Taiwan selama hampir tiga bulan dan pada November lepas, pemain berusia 36 tahun itu mengesahkan beliau kini bebas daripada kanser hidung.
Topic Berkaitan
#badminton
#Bagan Serai
#BAM
#hendrawan
#Lee Chong Wei
#Mohamad Norza Zakaria
#Terbuka Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan