Tutup

Berita  | Sukan

Bekas juara ONE Championship, Ben Asken tewas dalam 5 saat

Bekas juara ONE Championship, Ben Asken tewas dalam 5 saat
Masvidal yang tepat membaca pergerakan 'takedown' Askren, meluru laju ke arah Askren dengan menghalakan lututnya ke kepala Askren. - Foto REUTERS
ACARA UFC 239 menyaksikan kekalahan pertama bagi petarung seni bela diri campuran (MMA) dari Amerika Syarikat, Ben 'Funky' Askren.

Lawannya Jorge Masvidal hanya memerlukan masa 5 saat untuk menamatkan pertarungan melalui cara KO.

Masvidal yang tepat membaca pergerakan 'takedown' Askren, meluru laju ke arah Askren dengan menghalakan lututnya ke kepala Askren.

Askren yang terperangkap dengan pergerakan itu terus rebah ke kanvas Octagon -- disusuli dengan dua tumbukan padu dari Masvidal, pengadil terus menghentikan pertarungan.
Dengan kemenangan sepantas 5 saat, Masvidal kini merupakan pemengang rekod 'knockout' terpantas dalam sejarah UFC.


Dalam acara yang sama, seorang lagi bekas juara juga tewas menerusi 'knockout'.
Luke Rockhold sebelum ini merupakan bekas juara middleweight UFC, membuat keputusan untuk pertarung di divisyen light heavyweight.

Namun pertarungan pertamanya di light heavyweight tidak menyebelahinya selepas tewas menerusi 'knockout' di tangan Jan Błachowicz di pusingan kedua.

Błachowicz adalah petarung MMA dari Poland and menduduki ranking keenam di divisyen light heavyweight.




Tag: UFC 239, Ben Askren, Jorge Masvidal, MMA, UFC, ONE Championship, fastest knockout in UFC, Masvidal KOs Ben Askren, seni bela diri campuran, Luke Rockhold, Jan B achowicz, welterweight



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.