awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas pemain badminton kebangsaan maut kemalangan

Bernama
Bernama
01/10/2018
07:05 MYT
Bekas pemain badminton kebangsaan maut kemalangan
Dalam kejadian itu, Chee Tean, 24, yang menaiki kereta, dalam perjalanan pulang ke Austria selepas menyertai kejohanan Terbuka Republik Czech sebagai pemain persendirian. - Facebook/Bernama News Channel
Bekas pemain badminton kebangsaan, Tan Chee Tean, meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di selatan Brno, Republik Czech, Sabtu lepas.
Dalam kejadian itu, Chee Tean, 24, yang menaiki kereta, dalam perjalanan pulang ke Austria selepas menyertai kejohanan Terbuka Republik Czech sebagai pemain persendirian.
Beliau menyertai beregu campuran dalam kejohanan 'Czech Republic International Challenge'.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pagi ini, Chee Tean bernaung di bawah BAM selama enam tahun bermula 2012 sebelum meninggalkan badan penaung badminton negara itu pada Februari tahun ini.
"Saya amat sedih apabila mengetahui kematian Chee Tean. Beliau anak muda yang mempunyai bakat istimewa, yang mampu bermain dalam beregu campuran dan beregu lelaki.
"Pemergiannya adalah kerugian besar bukan hanya kepada keluarga beliau tetapi juga kepada pemain dan peminat badminton. Doa dan ingatan kami bersama-sama keluarga dan rakan-rakan mendiang pada masa yang sukar ini," kata Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria. -- Bernama
Topic Berkaitan
#badminton
#meninggal dunia
#Tan Chee Tean
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan