awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Hong Kong mula dengar rayuan mitigasi taikun media, Jimmy Lai sebelum hukuman dijatuhkan
Iran isytihar 3 hari berkabung nasional untuk “syuhada” mangsa protes
Syria pulihkan bekalan air ke Aleppo selepas gangguan oleh SDF
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanjawan 2020: KHM harap hoki tidak dipinggirkan

Bernama
Bernama
11/10/2019
20:23 MYT
Belanjawan 2020: KHM harap hoki tidak dipinggirkan
Belanjawan 2020 bagi Program Sukan untuk Semua diharap dapat turut disalurkan dalam program pembangunan sukan hoki negara.
Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) berharap peruntukan RM299 juta di bawah Belanjawan 2020 bagi Program Sukan untuk Semua dapat turut disalurkan dalam program pembangunan sukan hoki negara.
Presiden KHM Datuk Seri Subahan Kamal berkata beliau akan mengadakan perjumpaan dengan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi Ismail dalam tempoh terdekat bagi mengetahui mengenai perincian peruntukan berkenaan.
"Kita perlu ingat (sesuatu) sukan itu akan berjaya sekiranya ada program pembangunan baik di peringkat akar umbi," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis minum petang skuad hoki kebangsaan bersama Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, di sini, pada Jumaat.
Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berkenan berangkat ke majlis itu.
Dalam pada itu, Subahan yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), menyifatkan peruntukan tambahan RM30 juta kepada Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) mampu memperkasakan lagi program pembangunan bola sepak sedia ada di peringkat akar umbi.
"Dengan adanya peruntukan tambahan ini, saya yakin banyak program pembangunan di peringkat akar umbi dapat dilaksana dengan terperinci dan baik untuk sukan bola sepak negara," kata Subahan yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Teknikal NFDP.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng ketika membentangkan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat pada Jumaat, mengumumkan RM299 juta akan diperuntukkan untuk melaksana Program Sukan Untuk Semua termasuk memulih dan menaik taraf kemudahan sukan, termasuk kompleks belia dan sukan serta kompleks sukan komuniti seluruh negara.
Beliau turut memaklumkan peruntukan sebanyak RM45 juta akan turut disalurkan kepada NFDP berbanding peruntukan RM15 juta dalam Belanjawan 2019.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Shapawi Ismail
#Belanjawan 2020
#bola sepak
#FAM
#hoki
#KHM
#Konfederasi Hoki Malaysia
#Lim Guan Eng
#MSN
#naik taraf kemudahan sukan
#NFDP
#peruntukan
#program pembangunan
#Subahan Kamal
#sukan
#sukan untuk semua
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan