Usahawan wanita Bibi Ramjani Ilias Khan memecah tradisi bola sepak Kelantan apabila dipilih sebagai wanita pertama menerajui Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) sejak ditubuhkan pada 1946.
Beliau merupakan wanita kedua di negara ini yang dilantik sebagai presiden persatuan bola sepak selepas pelantikan Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah sebagai Presiden Johor Darul Ta'zim (JDT) Julai tahun lepas.
Timbalan Presiden KAFA, Datuk Seri Afandi Hamzah ketika mengumumkan pelantikan Bibi Ramjani berkata usahawan wanita itu akan memimpin persatuan itu bagi penggal 2017 hingga 2021.
Afandi berkata pengiraan undi bagi jawatan nombor satu itu terpaksa dilakukan sebanyak dua kali selepas seorang calon presiden, Datuk Muhammad Nasir Hamzah, yang juga naib presiden, tidak berpuas hati ketika pengiraan kali pertama dilakukan.
"Pada pengiraan kali pertama, Bibi Ramjani mendapat 32 undi daripada Persatuan Bola Sepak Jajahan manakala Muhammad Nasir pula 19 undi sehingga menyebabkan beliau menentang pengiraan tersebut.
"Bagaimanapun pada kiraan kali kedua, Bibi Ramjani kekal mendapat 32 undi manakala Muhammad Nasir hanya menerima 16 undi," katanya kepada pemberita selepas Kongres KAFA Kali ke-63 di sini, malam ini.
Kongres tersebut berlangsung pada pukul 3 petang tadi dan berakhir kira-kira 9.15 malam ini.
Dalam pada itu, Afandi berkata beliau berjaya mempertahankan jawatannya sebagai Timbalan Presiden KAFA selepas mengumpul 39 undi, sekali gus menewaskan pencabarnya iaitu Datuk Rosmadi Ismail yang sebelum ini merupakan naib presiden yang mendapat 27 undi.
Beliau berkata bagi jawatan naib presiden pula dimenangi Datuk Aizuddin Nik Abdul (39 undi), Nik Pakheruddin Nik Abdul Kadir (27 undi) dan Datuk Nik Izani Nik Ibrahim (21 undi), manakala dua calon lain iaitu Azman Ibrahim dan Datuk Mohd Rosdi Ab Aziz menarik diri di saat-saat akhir sebelum pengundian bermula.
Katanya, selain itu, 10 muka baharu turut dipilih sebagai Exco Eksekutif KAFA iaitu Datuk Mohd Rowi Dollah (51 undi), Wan Rakemi Wan Zahari (42 undi), Nubli Ab Latiff (40 undi), Datuk Shaari Mat Husin (37 undi), Zulkifli Omar (37 undi), Akmal Ahmad Tabarani (33 undi), Mohammad Ausri Husin (29 undi), Azrul Mohd Zawawi (28 undi), Mohamed Fareez Nor Amran (26 undi) dan Datuk Azam Ismail (24 undi).
Sementara itu, Bibi Ramjani, ketika ditemui pemberita, berharap agar penyokong Kelantan memberikan beliau sedikit masa untuk menstrukturkan KAFA dan pasukan ‘The Red Warriors’ agar Kelantan kembali menjadi antara gergasi bola sepak negara yang digeruni.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Persatuan Bola Sepak Jajahan yang memberi mandat kepada beliau untuk mengemudi KAFA bagi penggal tersebut.
Bibi Ramjani sebelum ini dilaporkan akan membawa masuk penajaan daripada tiga syarikat multinasional untuk mengukuhkan kedudukan kewangan KAFA jika dipilih sebagai presiden persatuan tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 17 2017
Pada kiraan kali kedua, Bibi Ramjani (gambar) kekal mendapat 32 undi manakala Muhammad Nasir hanya menerima 16 undi. Foto Instagram
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Annuar Musa antara 4 calon Presiden KAFA
Datuk Seri Afandi Hamzah mengesahkan pencalonan Annuar bersama tiga lagi calon bagi menggantikan Bibi Ramjani IIias IKhan yang melepaskan jawatan presiden secara sukarela pada 18 Jun lalu.
KAFA belum terima surat peletakan jawatan Bibi Ramjani
Timbalan Presiden KAFA Datuk Seri Afandi Hamzah berkata beliau sendiri hanya mengetahui perkara tersebut melalui media sosial yang kini tular.
Bibi Ramjani pecah tradisi jadi wanita pertama terajui KAFA
Beliau merupakan wanita kedua di negara ini yang dilantik sebagai presiden persatuan bola sepak selepas pelantikan Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah sebagai Presiden JDT Julai tahun lepas.
KAFA tunggu bantuan yang dijanji kerajaan negeri
Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) sedang menunggu bentuk bantuan yang bakal dihulurkan kerajaan negeri bagi membolehkan Kelantan terus kekal beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.
Kongres Khas 29 Dis tentukan nasib KAFA
Keputusan itu dibuat pada Mesyuarat Khas badan induk bola sepak negeri itu yang berlangsung malam ini.
Kelantan sah bersaing dalam Liga Malaysia musim depan
Pemangku Presiden KAFA, Datuk Seri Afandi Hamzah, menjelaskan pihaknya telah menghantar permohonan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum tarikh tutup penyertaan 30 November.
Presiden baharu FAM ditentukan 25 Mac depan
Teka-teki siapa yang bakal menjadi Presiden FAM bakal terjawab pada 25 Mac tahun depan apabila diadakan pemilihan jawatankuasa baharu bagi penggal 2017-2021.
'FAM teliti dakwaan TMJ'
Persatuan Bolasepak Malaysia sedang meneliti secara terperinci dakwaan Tunku Mahkota Johor berhubung penyelewengan dalam persatuan itu.
Laluan sukar menanti Selangor pada saingan Piala Malaysia
Juara bertahan Piala Malaysia, Selangor berdepan laluan sukar selepas diundi bersama juara dua kali, Kelantan dan Pahang FC selain Kuala Lumpur dalam Kumpulan B.
FAM setuju tindakan FIFA
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bersetuju dengan tindakan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) yang mengarahkan pasukan Pahang dipotong enam mata setelah badan induk dunia itu meneliti proses