awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bintang Manchester United, Daniel James sebenarnya peminat Chong Wei

Astro Arena
Astro Arena
02/10/2019
05:14 MYT
Bintang Manchester United, Daniel James sebenarnya peminat Chong Wei
Pemain sayap Manchester United itu mengimbas kembali pengalamannya hampir bertemu dengan idolanya itu di Singapura.
DANIEL James mendedahkan bahawa dia sebenarnya adalah peminat besar legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei.
Dalam satu temu bual Astro Supersport, pemain sayap Manchester United itu mengimbas kembali pengalamannya hampir bertemu dengan idolanya itu di Singapura.
Chong Wei merupakan peminat tegar Manchester United dan berada di Stadium Nasional, Singapura ketika menyaksikan The Red Devils menewaskan Inter Milan 1-0 dalam Piala Juara-Juara Antarabangsa, Julai lalu.
"Saya sebenarnya telah memberikannya autograf. Saya menandatanganinya tetapi barisan terlalu panjang, jadi saya tidak melihatnya dengan jelas dan tidak perasan bahawa itu adalah dia.
"Saya mungkin akan menegurnya dan berbual dengannya," katanya.
James turut mendedahkan minatnya terhadap sukan badminton sebelum beralih ke bola sepak.
"Saya cintakan bola sepak tetapi saya juga menggemari badminton dan kerap bermain sukan itu sewaktu lebih muda.
"Saya selalu menonton perlawanan badminton, melihat Chong Wei, Lin Dan dan perseteruan mereka, ia amat hebat," tambahnya.
Topic Berkaitan
#Astro
#badminton
#bola sepak
#Chong Wei
#Daniel James
#Lee Chong Wei
#Lin Dan
#Manchester United
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan