BERBEZA dengan beberapa pemimpin dunia yang senyap tidak bersuara membantah isu penahanan warga Uighur beragama Islam di Xinjiang, pemain bola sepak pula yang lebih lantang bersuara.
Nasib warga Islam Xinjiang yang terlalu sensitif untuk perbincangan terbuka dalam kalangan pemimpin dunia kini menarik perhatian pemain bola sepak antarabangsa - ada yang mengutuk tindakan penindasan itu, ada pula yang suruh berdiam sahaja.
Mesut Ozil dan Yaya Toure adalah dua pemain bola sepak yang tidak asing lagi dalam kalangan peminat Liga Perdana Inggeris (Premier League). Ozil warga Jerman dan mempunyai asal-usul Turki manakala Yaya Toure pula warga Ivory Coast tetapi lebih melakar nama di Eropah – kedua-dua beragama Islam.
Seorang lantang bersuara membela nasib yang ditimpa warga Uighur di Xinjiang sementara seorang lagi berpendirian lebih baik diam.
Minggu lepas Mesut Ozil menegur sikap tidak peduli dunia secara amnya – dan umat Islam secara khusus; sementara warga Islam etnik Uighur di Xinjiang ditindas pemerintah.
Ozil menulis dalam laman media sosialnya; “Quran dibakar, masjid di tutup, sekolah agama Islam dan madrasah diharamkan, pendakwah dibunuh. Namun, orang Islam berdiam sahaja.”
Kenyataannya mengundang tindak balas dari China yang mengutuk apa yang disifat sebagai campur tangan dalam hal dalam negara.
Kelab Ozil – Arsenal, juga terpalit apabilanya China membatalkan penyiaran permainan kelab itu serta menggerakkan kutukan meluas kalangan peminat The Gunners di China.
Tidak lama selepas itu, suara Yaya Toure pula kedengaran membidas tindakan Ozil. Toure, bekas pemain Manchester City menyifatkan tindakan Ozil tidak sesuai dan tidak sepatutnya disuarakan oleh ahli sukan.
Yaya merupakan adik kandung seorang lagi pemain Man City Kolo Toure – mereka pernah beraksi bersama bermain untuk pasukan kebangsaan Cote D'Ivoire.
Selepas berhijrah dari Man City pada tahun 2018, Toure bermain untuk kelab bola sepak Divisyen Satu China Qindao Huanghai dan ini sedikit sebanyak membentuk pendiriannya terhadap isu yang dikira mengaibkan negara yang kini menjadi tempat mencari rezeki.
Ahli sukan jarang-jarang keluar dari zon selesa masing-masing untuk mengetengahkan pendirian mereka tentang isu politik mahupun kemanusiaan.
Sebagai pemain profesional, mereka terikat dengan kontrak yang lumayan dengan pemilik kelab yang selalunya terdiri daripada ahli perniagaan.
Kalangan ahli perniagaan pula, sekiranya mereka beroperasi di negara-negara yang 'sensitif' dari segi menegakkan hak kemanusiaan, sudah tentu mereka terpaksa ikut rentak kerajaan yang memegang kuasa.
Bagi negeri China, protes di Hong Kong dan kewujudan kem penempatan warga Uighur di Xinjiang menimbulkan reaksi bantahan satu dunia.
Pasukan bola keranjang National Basketball Association (NBA) Houston Rockets merupakan francais sukan yang pertama merasakan kuasa China yang semakin menekan di pentas politik dan ekonomi dunia.
Ekoran sokongan dan simpati eksekutif Houston Rockets terhadap gerakan menegakkan demokrasi di Hong Kong, China bertindak memutuskan jalinan penyiaran dan pemasaran melibatkan kelab tersebut.
Antara yang menyokong Ozil termasuk Setiausaha Negara Amerika Mike Pompeo dan bekas pengurus Arsenal Arsene Wenger.
Difahamkan, hak penyiaran permainan Liga Perdana Inggeris terkini bernilai lebih dari setengah juta Pound Sterling.
Ada laporan yang tidak dapat pengesahan bahawa beberapa kelab Liga Perdana Inggeris yang mempunyai hubungan komersil dengan entititi korporat China mengeluarkan nasihat pemain mereka yang berugama Islam tidak meniru tindak-tanduk Mesut Ozil.
Ramai pemain beragama Islam kini bermain untuk kelab Liga Perdana Inggeris. Mereka kebanyakannya merupakan imigran generasi kedua setelah ibu bapa mereka berhijrah ke Eropah – terutamanya ke Perancis dan Belgium selepas perang dunia kedua.
Pemain Mesir Mohamad Salah yang kini amat disayangi penyokong Liverpool menjadi satu-satunya pemain yang belum mengeluarkan sebarang kenyataan menyokong mahupun mengkritik tindakan Ozil.
Adakah Salah, yang lebih popular dengan gelaran 'Mo', dan rakan penyerang Saido Mane yang juga beragama Islam akan bersuara selantang Mesut Ozil?
Razak Chik
Sun Dec 22 2019
Kenyataan Ozil mengundang tindak balas dari China yang mengutuk apa yang disifat sebagai campur tangan dalam hal dalam negara. -
PM Anwar beri sumbangan kepada Nur Khayla Azzahra
Sumbangan berkenaan disampaikan Setiausaha Politik beliau Farhan Fauzi yang mewakilinya bertemu Nur Khayla Azzahra dan keluarganya.
Fasa pertama Litar Pasir Gudang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun - Tunku Abdul Rahman
Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim menjangkakan fasa pertama 'Johor Circuit' di Litar Pasir Gudang siap dalam tempoh dua hingga tiga tahun.
MYStartup lancar program pemecut ketiga perkasa syarikat pemula niaga
MYStartup terus memperkasa syarikat pemula niaga di Malaysia dengan memulakan program pemecut ketiganya MYStartup Accelerator Kohort 3.
Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan, merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion.
Keselamatan makanan, perubahan iklim agenda utama Malaysia selaku Pengerusi ASEAN
Memperkukuh keselamatan makanan serantau dan menangani cabaran mendesak perubahan iklim adalah antara agenda utama yang akan diketengahkan Malaysia apabila memegang tampuk Pengerusi ASEAN.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat.
KKR harap projek naik taraf 3 jalan di Johor dilaksana tahun depan - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap kerja naik taraf tiga jalan di Johor dapat dilaksanakan tahun hadapan susulan pertambahan kenderaan menggunakan jalan tersebut.
KDNK Malaysia suku pertama dianggar berkembang 3.9% dipacu sektor perkhidmatan - DOSM
Sektor pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 9.8 peratus berbanding 3.6 peratus pada suku tahun sebelumnya, terutama dipacu oleh subsektor kejuruteraan awam.
MARGMA yakin permintaan sarung tangan getah global meningkat pada 2024
Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) yakin permintaan global terhadap sarung tangan getah akan meningkat pada 2024.
Letusan Gunung Ruang: Kualiti udara di Sarawak tidak terjejas
Letusan Gunung Ruang di Indonesia tidak menjejaskan kualiti udara di Sarawak.
Bola ditendang, Uighur tertekan, Ozil bersuara, Toure suruh diam sahaja
Berbeza dengan ramai pemimpin politik dunia yang senyap tanpa membantah penahanan warga Islam Uighur di Xinjiang, pemain bola sepak pula yang lebih lantang bersuara.